5 Cara Kematian Paling Aneh Dan Tidak Terduga Dari Ketawa Sehingga Tersedak Lipas!!
ADSENSE CODE HERE
Seperti yang kita sedia tahu, setiap makhluk hidup pasti akan menemui
kematian. Tidak terkecuali bagi manusia itu sendiri.
Pada umumnya, manusia akan menemui ajal dikeranakan beberapa faktor seperti
usia, sakit, kemalangan dan ditimpa musibah.
Namun, tidak jarang didunia ini terdapat sejumlah kejadian tidak terduga yang
menimpa sekelompok kecil manusia yang berujung menemui ajal mereka berpunca
dari hal yang cukup aneh. Seperti tertawa sehingga tersandung janggut
sendiri.
Berdasarkan pelbagai sumber, berikut telah admin rangkum 5 kisah kematian
paling aneh yang menimpa seorang manusia.
𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋
📑Isi Kandungan
𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋
1) Tercekik Syal
Seorang wanita bernama Angela Isadora Duncan pasti tidak menyangka bahawa
syal yang dipakainya akan membawa dirinya ke alam yang lain. Penari
kelahiran Amerika Syarikat ini tewas setelah syal yang dipakai dia melilit
lehernya.
Setelah ditelusuri, diketahuilah bahawa kejadian yang menimpa Duncan ini
terjadi pada 14 September 1927. Sebelum kejadian, Duncan telah memakai syal
kesukaannya yang merupakan pemberian dari Mary Desti, ibu dari Pengarah
Preston Sturges.
Syal berbahan sutra dengan motif lukisan khas tangan hasil seorang seniman
Rusia, Roman Chatov ini sering dijadikan pilihan Duncan untuk kemana
sahaja.
Nahasnya di hari kejadian, Syal kesukaannya itu yang dililitkan di bahagian
leher Ducan telah terjuntai keluar tingkap kenderaan ketika dia sedang
memandu. Syal yang panjang itu kemudiannya terlilit pada roda sehingga
menyebabkan Duncan tercekik.
Duncan yang mendapati dirinya dalam bahaya telah berusaha untuk melepaskan
syalnya itu. Namun sayangnya, Duncan telah menemui kegagalan dan tewas
ditempat akibat kehabisan nafas.
2) Ketawa
Ya, ketawa juga boleh menjadi sebuah punca bagi seseorang menemui ajalnya.
Jika kalian merasa ini hanya karangan, maka kalian perlu menyemak kisah
nyata dibawah.
Pada 1975, seorang warga Negara Britania Raya atau Inggris, Alex
Mitchell telah menemui ajalnya kerana ketawa dengan keras tanpa henti selama
beberapa waktu.
Menurut laporan pihak berwajib, ketika kejadian Alex yang baru balik dari
tempat kerja langsung duduk di sofa dan menonton tv. Ketika itu siaran
sedang menayangkan saluran hit BBC The Goodies yang merupakan sebuah
siri komedi.
Saking lawaknya siri ini, Alex tidak dapat menahan diri daripada terus
ketawa sehingga pingsan. Tetangganya yang terdengar bunyi keras dari ruangan
sebelah telah mendapati Alex terkujur kaku di lantai. Melihat hal itu, dia
langsung melarikan Alex ke hospital.
Sayangnya, setibanya di hospital. Doktor telah menyatakan Alex telah tewas
berpunca dari gagal jantung dan berkemungkinan besar disebabkan ketawanya
yang terlalu berlebihan.
3) Menghibur Orang
Pada 9 July 1993, seorang lelaki bernama Gary Hoy telah menemui ajal dengan
cara yang cukup aneh. Manakan tidak, dia tewas dikeranakan berusaha
menghibur orang dengan sebuah jenaka.
Ketika kejadian, dia beserta beberapa orang pengunjung sedang berada di
lantai ke-24 dari sebuah bangunan bernama Toronto-Dominion Centre, yang
terletak di Kanada.
Saat itu, Garry berusaha mencairkan suasana dengan menghibur para pengunjung
dengan melakukan sebuah aksi 'bodoh' yang terlintas di fikirannya. Dia dengan
percaya diri berusaha untuk membuktikan kepada pengunjung bahwa kaca bangunan
tersebut tidak akan pecah.
Lelaki berusia 38 tahun itu kemudiannya melakukan sebuah demo dengan berlari
ke arah tetingkap dan membanting badannya ke kaca. Pada biasanya, aksinya itu
selalu menemui ke berhasilan.
Kala itu, pada percubaan
pertama. Dia berjaya membuktikan hal yang di percayanya itu. Namun pada
percubaan ke duannya, kejadian nahas menimpa diri lelaki paruh baya itu.
Kaca
tetingkap bangunan itu memang tidak pecah. Tapi malah terlepas dari bingkainya
sekaligus menyebabkan Garry terjatuh dari lantai 24. Dengan ketinggian
tersebut, dia pun tewas seketika.
4) Tersedak Lipas
Mungkin bagi sebahagian besar dari kita akan sangat bersetuju jika
mengatakan bahawa lipas merupakan salah satu serangga paling menjijikan dan
menakutkan.
Tapi hal ini tidak berlaku bagi seorang lelaki bernama Edward Archbold. Dia bahkan mengikuti sebuah pertandingan memakan lipas
pada tahun 2012 dan berjaya menjadi juara.
Selepas mendapatkan gelar sebagai juara. Lelaki 32 tahun itu kemudian merasa
kesulitan untuk bernafas. Menurut kesaksian mereka yang berada disitu, dia
mengatakan bahawa dia merasa lipas-lipas yang di makannya tersangkut di
tekaknya.
Hal ini dipercaya berpunca dari bahagian lipas yang
berduri sehingga menyebabkan lipas sulit untuk ditelan.
Dikeranakan
hal tersebut, Edward pun meninggal karena kesulitan bernafas. Tergantung
kepada pandangan seseorang, ia boleh jadi Edward tewas kerana tersedak atau
boleh juga kerana tercekik.
5) Tersandung Janggut Sendiri
Sepertinya yang terakhir ini perlu diperhatikan oleh para kaum lelaki
yang suka memelihara jangut sehingga panjang.
Kejadian ini menimpa seorang lelaki bernama Hans Steininger yang memiliki
janggut sepanjang 1,4 meter atau 4,5 kaki. Namun, siapa sangka janggut yang
ia banggakan itu justru membawa dirinya bertemu tuhan.
Lelaki
Australia itu yang hidup pada tahun 1500-an memang dikenal sebagai
sosok yang hobi memelihara janggut panjang. Kebiasannya, Hans akan
menggulung jenggot dan menaruhnya di dalam beg kulitnya.
Namun
pada tahun 1567, Hans yang baru bangun dari tidurnya mendapati bahawa
bangunan tempat tinggalnya sedang dilahap api.
Hans yang
panik berusaha menyelamatkan dirinya. Dalam keadaan panik, dia telah berlari
ke arah balkoni dan malah tersandung janggutnya sendiri. Dia pun terjatuh
dari tangga dan menewaskan dirinya seketika.
0 Ulasan