6 Kelompok Generesi Manusia Sehingga Kini
Seperti yang kita sedia maklum, manusia adalah makhluk sosial yang unik dan mempunyai pelbagai karenah dan tingkah laku yang berbeza-beza. Sebagai contoh, Generasi Milenial yang sudah tidak lagi asing untuk didengari digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Istilah ini tidak hanya menggambarkan gaya hidup kelompok generasi ini, tetapi juga untuk megelompokkan mereka mengikut tahun kelahiran.
Menurut Website CekAja, setiap generasi mempunyai karakteristik tersendiri. Umumnya, hal ini dipengaruhi oleh lingkungan disekitar mereka sepanjang perjalanan hidup mereka. Hanya dalam kurun waktu 100 tahun, telah tercatat setidaknya 6 kelompok generasi manusia berpandukan teori yang dikemukakan oleh Graeme Codrington & Sue Grant-Marshall.
Pada kesempatan kali ini, admin akan berkongsi dengan kalian 6 kelompok generasi manusia yang tercatat sehingga kini.
[Penafian⚠: 6 Kelompok Generasi Manusia Yang Terdapat Di Dalam Artikel Ini Adalah Berpandukan Pada Teori Yang Dikemukakan oleh Graeme Codrington & Sue Grant-Marshall sehingga tarikh artikel ini diupload. Sebarang Perubahan adalah tidak bersumber dari kami.]
💻Isi Kandungan:
1) Tradisionalis (1922-1945)
Mereka yang tergolong dalam kelompok generasi ini adalah mereka yang lahir pada era dimana krisis ekonomi global terjadi. Dikeranakan faktor tersebut, golongan ini terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaaan serba kekurangan. Tidak hanya itu, generasi ini jugalah yang telah menjadi saksi kepada pristiwa bersejarah iaitu Perang Dunia ke-2.
Sebahagian besar golongan veteran ini mempunyai sifat patriotik yang sangat tinggi. Hal ini berpunca dari kebiasaan mereka yang telah lali hidup di dalam dunia peperangan dan penjajahan. Dengan bekalan kemahiran hidup yang dimiliki golongan ini, mereka tidak lagi dapat dinafikan sebagai generasi dengan kemahiran kepimpinan terbaik dalam dunia kerjaya!
Sehingga kini, dilaporkan bahawa diperkirakan terdapat sekurang-kurangnya 50 juta jiwa yang masih hidup tergolong dalam generasi ini, yang dimana purata umur mereka antara sekitar 80 tahun.
2)Baby Boomers (1946-1964)
Tahun yang menunjukkan golongan generasi ini sangat unik. Mereka yang tergolong didalam generasi ini mungkin adalah ibu bapa kita. Para tahun ini, ras manusia telah mengalami perkembangan pesat dalam pertumbuhan jumlah populasi. Hal ini berpunca dari berakhirnya perang dunia, dan perubahan yang terjadi dalam skala global.
Golongan generasi ini juga lebih cenderung untuk mengorientasikan pencapaian mereka secara konsisten dalam dunia kerjaya mereka. Menurut laporan dari para ahli, tindakan mereka ini adalah bertujuan untuk memberikan kehidupan yang sejahtera kepada generasi mendatang.
Meskipun generasi ini hidup di zaman yang masih jauh dari dunia teknologi, tapi rata-rata dari mereka telah mula menjinakkan diri dengan menggunaan gadget dalam kehidupan harian mereka. Generasi ini juga didapati lebih cendorong bergantung kepada sesuatu yang konvensional.
3) Generasi X (1965-1980)
Generasi X bukanlah generasi dari X-Man tapi generasi diurutan ke 3 bagi ras manusia. Menurut sejarah, huruf 'x' yang terdapat pada gelaran generasi ini adalah berasal dari sebuah novel yang berjudul Generation X: Tales For An Accelerated Culture hasil karya Douglas Coupland.
Mengikut jejak langkah ibu bapa mereka, jenerasi ini telah menghabiskan banyak masa dalam dunia kerjaya. Walupun begitu, generasi ini mempunyai kehidupan yang lebih seimbang antara kerjaya, kehidupan pribadi dan keluarga.
Generasi ini juga telah mula mengenali teknologi seperti komputar dan permainan video dalam versi pra-moden. Manakala diperingkat antarabangsa, generasi ini telah menyaksikan banyak peristiwa bersejarah. Contohnya, perang Vietnam-Amerika, Kejatuhan Tembok Berlin, dan tamatnya perang dingin antara negara-negara berkuasa ketika itu, termasuk Amerika dan Rusia.
4) Milenial (1981-1994)
'Work Life Balance' telah menjadi motto bagi kelompok generasi ini. Tidak seperti generasi-generasi sebelum mereka, kelompok generasi ini tidak hanya mengejar kekayaan, tapi lebih memilih perpaduan, kebahagian bersama, dan diiktiraf kewujudan diri mereka dalam dunia sosial.
Selain dari mengalami perubahan semua perkara dari analog kepada teknologi digital. Generasi ini juga mula berkembang seiring dengan kematangan nilai kesaksamaan dan hak asasi manusia. Generasi ini juga didapati lebih cenderong kearah kepimpinan secara demokratik.
Meskipun generasi ini yang terlihat paling memiliki hidup yang ideal tanpa masalah bererti. Tapi ramai para ahli yang mengatakan bahawa generasi inilah yang akan memberi dampak terbesar untuk generasi seterusnya. Generasi ini juga didapati lebih teliti dan peka dalam melihat setiap peluang dan celah terutamanya dalam sektor perniagaan dengan konsep baru, inovatif, dan kreatif.
5) Generasi Z (1995-2010)
Kita tiba di generasi Era Digital Penuh! Dengan perkembangan teknologi yang sangat pesat. Generasi ini terlihat seperti tidak dapat dipisahkan dengan gadget dan media sosial sama sekali! Menurut kajian yang dijalanan Institusi Universiti Oxford, didapati 44% generasi ini akan menghabiskan setidaknya 1 Jam untuk melayari sosial media.
Dengan fakta ini, generasi ini telah mendapatkan dampak pesat dalam mendapatkan sebuah informasi berbanding generasi-generasi sebelum mereka. Meskipun generasi ini lebih gemar menggunakan & mendapatkan sesuatu yang instan, generasi ini tetap masih mempunyai kelebihan yang tidak jauh berbeza dengan generasi pendahulu mereka.
Bagi generasi Z, teknologi tidak lagi semata-mata hanya untuk hiburan. Tetapi juga 3P (Peluang, Pendidikan, Pekerjaan). Maka tidak jarang, kita mendapati generasi z menjadikan media sosial sebagai lahan bagi mereka mengaut dan mendapatkan pendapatan. Sebagai contoh, mereka akan menjadi seorang Youtuber, Influencer, Instafamous, programmer, Gamer e-sport dan Online saller.
6)Alfa (>2010)
Kita sampai di generasi terakhir. Sehingga kini, diperkirakan jumlah generasi Alfa yang lahir pada setiap minggu adalah seramai 2.5 juta jiwa. Dengan kenyataan ini, para ahli berpendapat jumlah mereka akan mencapai 2 billion pada tahun 2025.
Bagi generasi ini, teknologi adalah saudara mereka. Sama seperti 2 generasi pendahulu mereka, teknologi telah menjadi sebahagian dari diri mereka bahkan ketika mereka masih sangat muda.
Generasi ini juga didapati lebih tertarik untuk bermain gadget berbanding permainan-permainan tradisional yang memorabel. Generasi ini juga lebih cepat beradaptasi dalam pelbagai situasi. Dengan perkembangan yang sangat memberansangkan, mereka mungkin adalah golongan yang akan mengisi posisi tinggi dimasa mendatang.
Sementara waktu, sifat dan tindakan mereka dalam dunia kerjaya dan kebiasaan mereka dalam membelanjakan duit masih dalam kajian. Walau bagaimanapun, umur tertua bagi generasi ini adalah baru berusia 13 tahun.
Terima kasih kerana membaca sehingga habis. Tidak kisahlah kita tergolong dalam kelompok generasi yang mana. Yang pasti kita hendaklah menghormati yang lebih tua dan menyanyangi yang lebih muda. Dunia akan menjadi lebih indah jika kita berganding tangan, memikul beban bersama. Daripada memasuki sebuah kelompok tapi dikucilkan.
Mungkin sampai disini saja artikel untuk hari ini.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana membaca sehingga selesai. Andalah generasi yang akan celik ilmu dan informasi.
Saya akhiri penulisan saya dengan ucapan Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Rujukan:
- CekAja
- Okedukasi
- Univerisiti Oxford Institusi
- Malaysiakini
0 Ulasan