Kematian Pemimpin Paling Ngeri Dalam Sejarah!!
Sosok presiden pastinya telah sangat kita kenali. Manakan tidak, merekalah
individu yang memimpin sesebuah negara. Jika diterjemahkan kepada bahasa
yang agak rumit, presiden bermaksud sebuah gelar yang diberikan kepada
seseorang tokoh politik yang mendapatkan jumlah undi terbanyak dengan konsep
demokrasi.
Dikeranakan gelar yang dipegang oleh seseorang presiden itu tidaklah
rendah. Pastinya ada segelintir kelompok yang menentang kebijakan presiden.
Dikeranakan beberapa faktor luar yang mendorong, mereka akhirnya melakukan
tindakan diluar jangkaan.
Tidak hanya itu, tindakan mereka mungkin hanya semata-mata untuk
menunjukkan kehebatan mereka kepada dunia! Dikeranakan telah banyak sejarah
tragedi yang terakam didalam buku sejarah dunia. Admin pada kesempatan kali
ini akan berkongsi 8 kisah tragis kematian seorang pemimpin.
Budayakan baca dengan seksama dan habis agar tidak tersalah informasi &
maklumat.
[Penafian: Artikal ini akan membahas kematian para Presiden/ pemimpin-pemimpin sebuah negara. Kami tidak menghasilkan artikel ini dengan tujuan menghina/menjatuhkan negara mahupun individu. Kami semata-mata menulis artikel ini adalah bertujuan untuk menghasilkan kepahaman dan ilmu yang tercatat dalam sejarah dunia. Jadikan ia pelajaran agar tidak terulang kembali.]
𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋
📑Isi Kandungan
𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋
8) Raja Faisal Bin Abdul Aziz
Tampok kepimpinan beliau bermula pada 2 November 1964 dengan menjadi raja
dari Kerajaan Arab Saudi menggantikan posisi ayahnya yang telah mangkat.
Beliau dikenali sebagai sosok pemimpin yang sangat menentang perlakuan kejam
zionis Israel.
Sebagai bentuk penentangan, beliau telah
menarik balik seluruh bekalan minyak global yang dihasilkan oleh negara
tersebut. Tindakan negara-negara barat yang mendukung zionis Israel telah
menyebabkan keputusan ini diambil pada tahun 1973. Dengan penarikan bekalan
minyak ini, beberapa negara di dunia mengalami krisis minyak.
Tidak
hanya dikenal sebagai sosok pemimpin yang tegas dalam menegakkan keadilan.
Beliau juga dikenal sebagai sosok yang telah membangun & meningkatkan
intelektual penduduknya dengan diciptakan institusi-institusi pendidikan tidak
hanya kepada lelaki tetapi juga wanita dan anak-anak. Tidak sampai hanya
disitu, beliau juga adalah sosok yang menyumbangkan pelbagai sektor
pembangunan negara seperti menubuhkan stesen televisyen, menamatkan sistem
perhambaan, dan merupakan salah seorang pelabur dalam pembangunan Universiti
Islam Madinah.
Dengan semua sumbangan beliau, tidak menjamin
bahawa beliau tidak memiliki musuh sama sekali. Yang lebih menyayat hati,
musuhnya itu datang dari dalam keluarga beliau sendiri! Pada 25 Mac 1975, Raja
Faisal Bin Abdul Aziz yang ketika itu sedang menghadiri acara kerajaan telah
ditembak sebanyak 3 dos tembakan. Dan pelakunya adalah anak saudara beliau
sendiri, Putera Faisal Bin Musaid!
Para penjaga yang terkejut dengan aksi Putera Faisal itu langsung bertindak
menahan Putera Faisal dan melarikan Raja Faisal Bin Abdul Aziz ke hospital
terdekat. Sayangnya, tindakan mereka berakhir dengan berita buruk ketika mana,
Raja Faisal Abdul Aziz yang ketika itu berusia 69 tahun telah menghembuskan
nafas terakhir berpunca dari luka yang dideritanya telah sangat parah.
Kepergian
sosok Raja Faisal yang ideal dan berwibawa telah membawa seluruh kerajaan arab
berada dalam masa berkabung.
7) Muammar Gaddafi
Muammar Gaddafi dikenali sebagai seorang pemimpin diktator negara Libya yang
sangat bengis dan suka menyiksa rakyatnya. Kepimpinnannya bertahan selama 4
dekad atau lebih tepatnya selama 42 tahun iaitu dari tahun 1969 hingga
2011.
Sedikit perkenalan kepada sosok Muammar Gaddafi.
Diktator ini lahir pada 1942 di Sirte, Libya dan meninggal pada 20 Oktober
2011 di tempat kelahirannya pula. Faktanya, diktator ini sebenarnya merupakan
anak dari seorang petani Badwi keliling. Dia juga dikenali sebagai sosok
pelajar yang cerdas dan berbakat selama masa mudanya. Pada tahun 1963, dia
telah berjaya menamatkan pelajarannya di Universiti libya.
Diktator
ini juga diketahui sebagai sosok yang sangat terobsesi untuk menamatkan sistem
monarki yang ada di Negara Libya, yang mana pada saat itu, Negara Libya
dipempin oleh Raja Idris 1. Pada tahun 1965, dia telah menatkan pendidikan di
akademi ketenteraan dan meningkatkan otoritasnya dengan menaikkan pangkat yang
dimilikinya. Dalam masa yang sama, dia tidak berhenti mencari dan merancang
stategi untuk merampas tampok kekuasaan bersama dengan rakan-rakannya.
Setelah
beberapa tahun merancang strategi dengan matang, tepat pada 1 September 1969,
Muammar Gaddafi telah berjaya menguasai kerajaan dengan merampas otoritas
kekuasaan dan menggulingkan Raja Idris 1 secara paksaan melalui ketenteraan.
Setelah merampas kekuasaan, diktator ini dikenali sebagai Ketua Komander
Angkatan Bersenjata Libya dan Pengerusi Badan Pentadbiran Baharu Libya, Majlis
Perintah Revolusi.
Selama masa kekuasaannya, dia sangat melekat dengan gelaran raja
emas kerana sangat suka mengambur duit untuk kesenangan pribadi. Dikeranakan
sikapnya yang sangat tidak pastas untuk menjadi seorang pemimpin. Para
Masyarakat telah berbondong-bondong melakukan demonstrasi. Tapi tindakan
Muammar Gaddafi sangatlah tidak manusiawi, dia memerintahkan para bawahannya
(tentera) membantai habis semua pelaku demonstrasi tanpa pandang bulu.
Dengan
peristiwa tersebut, Pengadilan Hukuman Internasional telah mengeluarkan sebuah
perintah penangkapan Muammar Gaddafi diatas kejahatan kemanusiaan. Tidak
berhenti sampai disitu, pihak pembangkang Libya, Peralihan Kebangsaan Libya
(NTC) yang telah lama bersabar tidak lagi dapat mentoleransi tindakan Muammar
Gaddafi. Pada akhirnya, pihak pembangkang berjaya menerobos dan menguasai ibu
kota Libya, Tripoli.
Muammar Gaddafi yang ketika itu berada
dalam keadaan terdesak pada akhirnya memutuskan untuk melarikan diri ke
bahagian barat Libya. Malangnya, pelarian berliau berakhir sia-sia ketika
mana, pada hari Khamis, 20 Oktober 2011. Diktator Muammar Gaddafi telah
dibunuh selama masa persembunyiannya.
6) Benazir Bhutto
Benazir Bhutto merupakan seorang pemimpin wanita pertama yang
telah memimpin Negara Pakistan selama lebih kurang 25 tahun dari tahun 1971
hingga 1996. Beliau lahir pada 21 Jun 1953 di Karachi, Pakistan, dan
merupakan anak sulung bagi bekas perdana menteri Zulfikar Ali Bhutto.
Benazir
Bhutto juga dikenal sebagai sesosok wanita yang mempunyai hati yang teguh
dengan menghadapi pertempuran panas politik di Negara Pakistan. Pada tahun
1996, setelah dipecat dari jawatannya sebagai seorang perdana menteri.
Beliau bersama suami, Asif Ali Zardari telah disabitkan dalam pertuduhan
menerima jutaan dollar dalam bentuk rasuah dan pengubahan wang haram melalui
Bank Negara Switzerland.
Setelah menamatkan pendidikan awal beliau di Pakistan.
Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di
Negara Adidaya Amerika Syarikat. Selama tahun 1969-1973, beliau telah
menghabiskan masa dengan menimba ilmu dibeberapa institusi pelajaran seperti
Kolej Redcliffe dan Universiti Harvard. Beliau kemudian lulus dengan
memegang Ijazah Bahasa Arab dalam kerajaan perbandingan.
Setelah
mendapatkan ijazah tersebut, beliau kemudian bepergiaan ke Negara United
Kingdom bertujuan untuk menyambung pelajaran di Universiti Internasional
Oxford dari tahun 1973-1977. Selama beberapa tahun mendapatkan pendidikan di
Universiti Oxford, beliau pada akhirnya berjaya lulus dalam sektor
Undang-undang Antarabangsa dan Diplomasi.
Pada tahun 2008,
beliau yang ketika itu telah tamat masa hukuman dibuang negara telah
memutuskan untuk pulang ke kampung halamannya iaitu Negara Pakistan.
Kepulangan beliau diketahui bertujuaan untuk menyertai pilihan raya umum
yang diadakan di negara itu. Tanpa diduga, ketika beliau sedang memberikan
pidato kepada para penyokongnya. Telah berlaku sebuah letupan bom kereta
yang telah meranggut nyawa setidaknya seramai 136 orang.
Tapi
dalam kejadian ini, beliau berhasil selamat dari aksi teroris yang cuba
membunuhnya. Beliau kemudiannya berucap di hadapan hadirin, "Hari ini
merupakan hari tergelap yang akan terakam dalam sejarah Pakistan."
Sayangnya, aksi teroris ini tidak berhenti sampai disitu. Pada 27 Disember
2007, beliau yang ketika itu berada di perhimpunan kempen pilihan raya telah
ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan.
Setelah berjaya menyelesaikan tugasnya, pembunuh itu
kemudiaannya meledakkan dirinya sendiri sehingga mentebabkan seramai 28
orang tewas dan menimbulkan dambak luka berat kepada 100 orang lainnya.
Kejadian itu diketahui berlaku di Rawalpindi, Pakistan.
Walau
bagaimanapun, menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pakistan,
"Beliau(Benazir Bhutto) telah tewas disebabkan hetakan dibahagian kepala
pada bumbung kenderaannnya". Hmm.. Bagaimana menurut kalian?
5) Nicholas 2
Nikolay Aleksandrovich atau lebih dikenali sebagai Nicholas 2
merupakan seorang Tsar terakhir dari Empayar Kekaisaran Rusia. Menurut
catatan sejarah, pada awalnya, Nicholas 2 sama sekali tidak memiliki
keinginan untuk menjadi seorang Tsar dari kekaisaran Rusia. Namun
dikeranakan beberapa faktor akhirnya mendorong dirinya menjadi seorang
Tsar.
Sedikit informasi tentang Nicholas 2. Beliau lahir
pada 6 Mei/18 Mei 1868 dan meninggal dunia pada 17 Julai 1918. Beliau
diketahui telah berkuasa selama 23 tahun dari tahun 1894 hingga 1917 dengan
memegang gelar sebagai "Emperor And Autocrat Of All The Russians". Nicholas
2 juga merupakan sepupu pertama kepada Raja George 5 kerajaan England.
Datuknya, Tsar Alexander 2 pula merupakan pencetus "Great
Reforms". Perjalanan beliau dalam menjadi seorang Tsar tidaklah mudah.
Ketika beliau berusia 13 tahun, datuknya telah tewas dibunuh oleh ahli
kumpulan radikal People's Will (Narodnaia Volia) setelah 5 kali kegagalan.
Dikeranakan status beliau selaku penerus Tsar, beliau telah mendapatkan
pelajaran Home Scholling atau lebih tepat Castle Scholling.
Beliau juga telah berkidmat sebagai pegawai di dalam
Rejimen Lifeguard Preobrazhensky dan Rejiman Lifeguard Hussar selama
beberapa tahun. Pada tahun 1891, sebagai pewaris tahta kerajaan, Nicholas 2
telah memutuskan untuk mengembara ke sekitar Kawasan Benua Eurasia. Namun,
ketika beliau berada di Tanah Kerajaan Jepun, salah seorang polis
pengiringnya telah bertindak mencuba membunuh Nicholas 2. Tapi percubaan itu
berakhir dengan kegagalan.
Setelah kembali ke Kerajaan
Rusia, pada tahun 1892, Nicholas 2 telah dinaikkan pangkat menjadi seorang
kolonel dalam kedua-dua Rejimen yang disertainya. Pada tahun 1896, setelah
memegang gelar pewaris Tsar selama 18 bulan, beliau akhirnya dilantik
menjadi Tsar secara rasmi. Sayangnya, peristiwa pengangkatan beliau telah
diselimuti dengan bayangan Tragedi Khodynka. Sebuah tragedi yang menewaskan
sehingga 1300 orang.
Mendapati hal tersebut, pasangan kerajaan itu kemudiannya
telah melawat para mangsa yang terlibat dan menjanjikan pampasan bagi
menutupi kerugian yang dihadapi mereka. Walaupun begitu, sewaktu tragedi itu
terjadi. Pasangan itu sedang menikmati perlawanan bola sepak pada waktu
petang tragedi. Hal ini kemudian telah memberikan Tsar Nicholas 2 sebuah
gelar baru, "Nicholas The Bloody" yang diberikan oleh Kedutaan Besar
Prancis.
Sayangnya, pada 17 Julai 1918, Tsar Nicholas 2
bersama keluarga dan bawahannya telah dibunuh oleh Bolshevik Yakov Yurovsky,
seorang petinggi Al-gojo ketika perang Rusia tercetus. Mayat mereka
kemudiannya dibakar dan dibuang tanpa mendapatkan sebuah pemakaman yang
layak.
4) John F. Kennedy
Siapa yang tidak mengenal sosok beliau? Tragedi yang
menimpa beliau adalah salah satu berita hangat yang diperbincangkan pada
masanya, bahkan mungkin sehingga kini. Dengan memegang gelar selaku Presiden
paling berkuasa di dunia, John F. Kennedy telah menemui akhir yang cukup
mengenaskan.
John F. Kennedy merupakan presiden Amerika
Syarikat ke-35. Ketika beliau dilantik menjadi seorang presiden. Beliau baru
berusia 43 tahun, hal ini telah menjadikan beliau sebagai presiden termuda
dalam sejarah Amerika Syarikat. Dengan sikap berwibawa dan humoris, beliau
sangat disukai dan dicintai rakyatnya.
Meskipun beliau
telah mendapatkan perlindungan tingkat Internasional, tapi hal itu tidak
menjamin keamanan beliau sepenuhnya. Menurut website JFK Library, saat
kepimpinan Presiden John F. Kennedy dipenuhi dengan banyak isu serius. Yang
mana, salah satunya adalah isu perkauman yang telah mengakar dalam
masyarakat ketika itu.
Dengan tingkat perkauman yang
tinggi, ia telah menyebabkan banyak masyarakat tidak mendapatkan hak yang
sewajarnya. Terutama bagi mereka yang berkulit gelap. Tragedi tewasnya sosok
John F. Kennedy terjadi ketika beliau berangkat ke Texas bagi tujuan
meyampaikan pidato pada 21 November 1963.
Pada keesokan
harinya, ketika rombongan presiden melewati Dallas Trade Mart, Texas. Tepat
pada pukul 12:30 tengah hari (waktu Sentrel) di Plaza Dealey. Presiden John
F. Kennedy telah ditembak oleh seorang sniper di bahagian kepala dan leher.
Beliau yang berada dalam satu kereta bersama isteri, Jacqueline akhirnya
dilarikan ke hospital terdekat. Sayangnya, dengan luka yang sangat serius.
Beliau pada akhirnya menghembuskan nafas.
Tekan Link Berikut Jika Kalian Ingin Tonton Detik-detik penembakan sang
presiden:
https://za.gl/yAKJPa
Dalam masa yang sama, pihak kepolisian Dallas akhirnya
berjaya menangkap pelaku penembakan yang bernama Lee Harvey Oswald yang
ternyata seorang bekas Marin Amerka Syarikat setelah 70 minit aksi
penembakan pertama. Pelaku pada ahirnya dibawa ke mahkamah Tinggi Texas bagi
mendapatkan hukuman dan diadili diatas penembakan presiden dan seorang
petugas polis Dallas, J. D. Tippit.
Pada pukul 11.22 siang waktu setempat pada 24 November 1963, ketika
kamera televisi langsung menutupi pemindahannya dari penjara kota ke penjara
daerah, Oswald ditembak mati di ruang bawah tanah Markas Besar Kepolisian
Dallas oleh pemilik klub malam Dallas, Jack Ruby.
Oswald
kemudiannya dibawa ke Parkland Memorial Hospital di mana ia segera
meninggal. Ruby didakwa atas pembunuhan Oswald, meskipun kemudian dibatalkan
saat naik banding, dan Ruby meninggal di penjara pada tahun 1967 ketika
menunggu persidangan baru akibat barah.
Penyiasatan selama 10 bulan yang dilakukan oleh Suruhanjaya
Warren tahun 1963–1964, Jawatankuasa Pilihan Dewan Senat Amerika Syarikat
mengenai Pembunuhan (HSCA) tahun 1976–1979, dan penyiasatan pemerintahan
lainnya menyimpulkan bahawa Presiden John F. Kennedy telah dibunuh oleh Lee
Harvey Oswald. Kesimpulan ini didukung oleh publik tahun 1964–1966, tetapi
ketika pemilihan baru diadakan setelah 1966, laporan menunjukan bahawa 80%
warga Amerika tidak mempercayainya. Kematian Presiden John F. Kennedy telah
menimbulkan banyak misteri dan teori konspirasi sehingga kini.
Dengan
kematian John F. Kennedy, ia menjadikan beliau Presiden Amerika Syarikat
ke-8 yang meninggal semasa menjawat kerusinya dan keempat (setelah Abraham
Lincoln, James A. Garfield, dan William McKinley) yang tewas akibat dibunuh.
Dengan kematian beliau, Wakil Presiden, Lyndon Baines Johnson secara
automatik menjadi Presiden menggantikan posisi John F. Kennedy.
3) Benito Mussolini
Benito Mussolini merupakan sosok yang telah mengasaskan
Parti Fasis Itali pada tahun 1919. Ketika beliau dilantik menjadi Presiden
pada tahun 1922. Kepimpinan beliau kemudiannya berubah menjadi diktator pada
tahun 1925.
Menurut Website Biography, pada tahun 1939,
Benito Mussolini telah bertindak menandatangani surat Pakatan Ketenteraan
Dengan Paksi Jerman yang dipimpin oleh Adoft Hitler. Di bawah pengaruh Adoft
Hitler, Benito Mussolini juga menarik negara Itali keluar dari Liga
Bangsa-Bangsa. Dengan kerjasama ini, ia telah mencetuskan tragedi holokus
yang menewaskan jutaan orang yahudi.
Puncak kerjasama mereka adalah ketika mereka
mengistiharkan perang terhadap Britain dan Perancis pada 10 Jun 1940.
Melihat kelakuan Diktator ini, masyarakat menjadi muak dan marah terhadap
kepimpinannya. Pada tahun 1943, akhirnya Majlis Tertinggi Itali telah
mencabut dan melarang semua jenis jawatan dan kuasa yang dapat dipegang
diktator ini.
Dengan hilangnya kuasanya, pihak tentera
Bersekutu yang berhasil memasuki Itali telah bertindak mengejarnya pada
tahun 1945. Melihat pengejaran itu, Bennito Mussolini memutuskan untuk
melarikan diri ke Sepanyol. Sayangnya, aksi pelariannya berakhir gagal
setelah dia berhasil ditangkap oleh tentera Itali.
Diktator
ini kemudiannya diadili dan dijatuhi hukuman mati dengan ditembak oleh skuad
penambak pada 28 April 1945. Pada mulanya setelah aksekusi dilakukan, mayat
diktator ini telah dikebumikan disebuah tapak perkuburan. Namun pihak
pemberontak telah bertindak mencuri dan mengantung mayat ini secara terbalik
di Piazzale Loreto, Milan.
Di sana, masyarakat yang marah telah berbondong-bondong
ingin menendang, meludah, membaling batu dan buah busuk ke mayat diktator
ini. Setelah beberapa minggu dibiarkan tergantung, mayat diktator yang
mengeluarkan bau busuk akhirnya dikebumikan kembali disebuah tapak
perkuburan.
2) Adolf Hitler
Siapa yang tidak mengenal sosok ini? Dialah pemimpin
Nazi yang telah mencetuskan perang Dunia ke-2 dan pelaku Genosida kepada 6
juta kaum Yahudi. Tidak hanya itu, dia jugalah dalang dari pembunuhan
jutaan nyawa ketika itu.
Menurut Website History, Adolf
Hiter telah naik menjadi seorang Canselor Jerman pada 30 Januari 1933
hingga tahun 1939. Selama Jerman berada dibawah kepimpinannya, Negara ini
telah melanggar beberapa Perjanjian Versailles yang telah dibuat untuk
menamatkan perang dunia pertama.
Bermula dari keluarnya
Negara Jerman dari Liga Bangsa-Bangsa, membentuk kembali pasukan tentera
dan menyerang negara-negara disekitarnya seperti Negara Australia,
Perancis, Czechoslovakia dan beberapa negara lainnya.
Meskipun pada awal peperangan, Nazi yang telah ungul
dalam pelbagai aspek telah mencapai kemenangan berturut-turut. Namun
keadaan mula terbalik menjelang akhir perang dunia ke-2. Kekalahan Nazi
dalam 2 peperangan iaitu Perang Bulge pada tahun 1944 dan Perang
Stalingrad pada tahun 1943 telah membuat Adolf Hitler terguncang.
Dengan ditambah fakta bahawa negara-negara bersekutu
menyertai peperangan ini telah menambah bebanan bagi pihak Nazi. Dengan
keadaan yang semakin mendesak, Adolf Hitler pada akhirnya memutuskan untuk
bersembunyi di Fuhrerbunker sejak Januari tahun 1945. Ketika kekalahan
Nazi, pihak Bersekutu telah mengejar dan mencari keberadaan sosok
pemimpinan tertinggi Nazi, Adolf Hitler.
Ketika dirinya
ditemukan, terlihat ditangannya terdapat sepucuk pistol dan seorang wanita
di dalam satu ruangan dengannya. Para ahli berpendapat bahawa Pemimpin
Nazi Jerman telah menembak dirinya sendiri di bahagian kepala pada 30
April 1945. Namun dikeranakan tubuh diktator ini tidak pernah ditunjukkan
kepala publik. Ia telah menimbulkan banyak teori konspirasi.
1) Abraham Lincoln
Beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ke-16
dan merupakan salah seorang Presiden Amerika Syarikat yang tewas
dikeranakan dibunuh. Beliau lahir pada 12 Februari 1809 dan meninggal pada
15 April 1865. Beliau menjadi Presiden selama 4 tahun iaitu dari tahun
1861-1865.
Beliau juga dikenali sebagai Bapa Demokrasi
& Anti Perhambaan. Menurut Website History, ketika Abraham Lincoln
menjadi Presiden. Amerika Syarikat ketika itu telah berpecah menjadi
bahagian Utara dan Selatan. Yang dimana penduduk Negara Amerika Bahagian
Utara termasuk Abraham Lincoln sangat memperjuangkan penghapusan sistem
perhambaan.
Manakala mereka yang berada di Amerika
Selatan sangat menentangnya. Ketika mana Abraham Lincoln mengangkat sumpah
sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-16 pada Mac 1861. Amerika bahagian
Selatan pada akhirnya memutuskan untuk memisahkan diri lalu membentuk
negara sendiri yang bernama Negara Gabungan Amerika pada 8 Februari
1981.
Tragedi yang menimpa Presiden ini terjadi pada 14
April 1865. Ketika itu, Presiden Abraham Lincoln yang sedang menghadiri
sebuah tayangan Drama Pentas Our American Cousin telah ditembak dari
belakang oleh seorang pelakon treater itu pada pukul 11 p.m.
Pelaku, John Wilkes Booth akhirnya ditahan dan Presiden
dilarikan kesebuah rumah yang berada tepat didepan treater itu bagi tujuan
memberikan pertolongan pertama. Tapi sayangnya, luka beliau sangatlah
parah sehingga beliau meninggal dunia di rumah Petersen's Boarding House.
Tepat pada 15 April 1865 di waktu pagi, Presiden Abraham Lincoln telah
dinyatakan meninggal dunia.
Ketika John Wilkes Booth, pelaku penembakan tersebut di
soal siasat. Diketahuilah tujuan pembunuhan Abraham Lincom adalah untuk
mencetuskan situasi kacau balau di dalam sistem pemerintahan.
Itulah para Presiden yang telah tewas dengan cara tragis
dan ngeri. Terdapat dari mereka yang tewas dikeranakan tindakan mereka
sendiri, dan terdapat juga yang meninggal dikeranakan sifat kebencian.
Yang dimana, seorang pemimpin seperti Raja Faisal Bin Abdul Aziz dan John
F. Kennedy telah memberikan bekas luka yang mendalam pada hati para
masyarakat. Manakan tidak, mereka merupakan sosok pemimpin yang sangat
berwibawa, bertanggungjawab dan baik.
Saya tegaskan!
Artikel ini bertujuan semata-mata untuk menambah pengetahuan kita. Tidak
dengan tujuan menghina dan menjatuhkan mana-mana negara mahupun individu.
Jadikanlah pristiwa-pristiwa ini sebagai pelajaran agar tidak terulang
kembali.
Sebagai pengakhiran, saya ucapkan terima kasih kerana sudi
membaca sehingga habis. Jika anda mendapati terdapat kesalahan ejaan
mahupun informasi. Silakan maklum kepada kami di email yang terdapat di
halaman Contact Us. Dah.. Mungkin sampai disini saja. Kalianlah generasi
yang akan celik ilmu dan mendapatkan informasi yang benar dan
shahih.
Rujukan:
- History
- Biography
- JFK Library
- Britannica
- WorldAtlas
0 Ulasan