Baju-T PlayStation Uniqlo UT Series Kini Tersedia Di Malaysia
Uniqlo telah mengeluarkan T-Shirt PlayStation Siri UT mereka di Malaysia hari
ini pada 27 Februari 2023.
Baju-T PlayStation didatangkan dalam empat reka bentuk berbeza, setiap
satu daripadanya dijual pada harga RM59.90, dan boleh dibeli dari Kedai
Dalam Talian Rasmi Uniqlo Malaysia
atau dari mana-mana kedai runcit Uniqlo di seluruh negara.
Menurut laman web "Koleksi UT desaign ini mengambil inspirasi daripada konsol
permainan PlayStation ikonik yang telah menghiburkan orang ramai selama
beberapa dekad. Pelbagai konsol dan bentuk ikonik digambarkan diatas baju ini
yang menambah ciri khas dan reka bentuk grafik yang menarik perhatian".
Berikut adalah empat reka bentuk yang tersedia:
- T-shirt putih yang memaparkan PlayStation 1 dan controller originalnya (tanpa kayu analog).
- T-shirt biru yang menggambarkan controller PlayStation 1-5 di bahagian belakang, menunjukkan sejarah ringkas jenama itu.
- T-shirt hitam mempamerkan pelbagai produk PlayStation dari setiap tahun.
- T-shirt hitam dengan butang PlayStation utama di hadapan dan konsol PlayStation 2 (konsol terlaris di dunia) serta controllernya.
Tema utama corak itu nampaknya mengenai sejarah PlayStation dengan setiap reka
bentuk menekankan konsol dan produk berbeza jenama yang mengalami perkembangan
selama bertahun-tahun. Menurut saya baju T-shirt biru adalah yang paling
menarik. Saya bahkan sering terlupa bahawa PS1 tidak mempunyai kayu analog,
ini menjadi salah satu bukti betapa jauh perkembangannya.
0 Ulasan