INFORMASI Kami sedang mencari penulis yang tertarik untuk bergabung! KLIK DISINI

5 Individu Penerima Hadiah Nobel Terkemuka Di Dunia

Widget By - SoraBloggingTips

 5 Individu Penerima Hadiah Nobel Terkemuka Di Dunia

5 Individu Penerima Hadiah Nobel Terkemuka Di Dunia


Dalam sejarah, telah tercatat ramai individu terkemuka yang telah dianugerahi dengan penghargaan tertinggi iaitu "Nobel Award" diatas sumbangan dan pencapaian mereka dalam bidang-bidang tertentu. Antaranya dalam bidang sains, sastra, perdamaian, dan ekonomi.

Dalam kesempatan kali ini, mari bersama kita menelusuri sejarah dunia dan mencari tahu juga berkenalan dengan 5 Individu Penerima Hadiah Nobel Terkemuka Di Dunia.


1) Albert Einstein

5 Individu Penerima Hadiah Nobel Terkemuka Di Dunia


Siapa yang tidak mengenali sosok terkemuka ini? Beliau merupakan seorang fisikawan asal Negara Jerman yang telah mencetak nama dalam sejarah dunia. Beliau telah berjaya mendapatkan hadiah nobel pada tahun 1921 diatas pencapaian beliau yang telah menemukan teori relativiti khas dan am.

2) Malala Yousafzai

5 Individu Penerima Hadiah Nobel Terkemuka Di Dunia


Malala Yousafzai merupakan seorang aktivis hak pendidikan Pakistan dan pemimpin muda dunia. Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel Perdamaian pada tahun 2014 atas perjuangannya yang gigih dalam memperjuangkan hak pendidikan perempuan.

3) Marie Curie

5 Individu Penerima Hadiah Nobel Terkemuka Di Dunia


Ahli fizik dan kimia asal Polandia, Perancis. Beliau dikenali sebagai wanita pertama yang memenangi Hadiah Nobel dan juga memenanginya sebanyak dua kali dalam bidang kimia dan fizik.

4) Nelson Mandela

5 Individu Penerima Hadiah Nobel Terkemuka Di Dunia


Pemimpin politik dan aktivis hak asasi manusia asal Afrika Selatan. Beliau telah dianugerahi Hadiah Nobel dalam bidang Perdamaian pada tahun 1993 atas perjuangannya dalam memerangi apartheid dan mempromosikan perdamaian, rekonsiliasi dan kesetaraan rasial di negara itu.

5) William Faulkner

5 Individu Penerima Hadiah Nobel Terkemuka Di Dunia


Penulis Amerika Syarikat yang dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang Sastera pada tahun 1949 atas kontribusinya dalam mengembangkan seni sastra Amerika Syarikat dan memeriahkan warisan kemanusiaan. Karya-karyanya seperti "The Sound and the Fury" dan "As I Lay Dying" dianggap sebagai karya sastra terpenting pada abad ke-20.


Kesemua individu penerima Hadiah Nobel yang disebutkan dalam artikel ini, telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang yang berbeza-beza, dan mereka juga telah menginspirasi banyak orang dengan kejayaan mereka. 

Pencapaian mereka tidak lagi dapat diragukan, dengan banyaknya perubahan dunia diatas jerih payah juga titik peluh mereka. Mereka sememangnya layak mendapatkan hadiah sebesar Hadiah Nobel!
Sebagai generasi era moden, janganlah kita melupakan jasa para pendahulu kita yang telah menyumbang dalam pelbagai aspek sehingga memudahkan kita pada masa kini.

Akhir kata dari saya, Terima Kasih kepadamu saya ucapkan. Meski dirimu telah tiada, tapi namamu tetap tercatat di dalam hati.

Catat Ulasan

0 Ulasan