ADSENSE CODE HERE
3 Perkara Yang Haram Dipakai Oleh Lelaki Dalam Agama Islam Menurut Hadist Dan Al-quran
Sebagai seorang muslim, kita semestinya harus menjaga diri kita daripada
terjebak dalam situasi yang menyebabkan kita melanggar larangan Allah.
Sering kali kita menjada alfa dan tidak menyadari bahawa yang kita lakukan
adalah diharamkan.
Ini juga termasuk dalam aspek berpakaian dan gaya. Pada masa kini, ramai
dari kalangan remaja terutama lelaki sering mengikuti trend fasion
negara-negara barat. Dengan minimnya pengetahuan seputar hukum-hakam
berpakaian dan fasion. Ini menjadikan mereka lebih terdedah untuk memakai
sesuatu pakaian atau hiyasan yang sebenarnya diharamkan.
𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋
📑Isi Kandungan
𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋
Apa Saja Pakaian Atau Hiyasan Yang Diharamkan Untuk Kaum Lelaki?
1) Pakaian Sutera
- Hukum lelaki memakai pakaian yang diperbuat 100% daripada benang sutera adalah haram.
- Haram lelaki memakai pakaian bercampur sutera yang kadar kain suteranya lebih banyak atau lebih 50% berbanding material kain lain.
- Harus lelaki memakai pakaian sutera sekiranya campuran sutera dengan material kain lain pada kadar yang sama iaitu 50% atau campuran sutera kurang 50%.
- Pengecualian memakai sutera bagi kanak-kanak lelaki dan rukhsah diberikan kepada kaum lelaki hanya pada situasi darurat dan keperluan seperti mengalami penyakit kulit.
Huraian Jawapan
Hukum lelaki memakai sutera adalah haram. Hal ini berdasarkan sabda Nabi
SAW:
أحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها
Maksudnya: “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku,
dan diharamkan bagi kaum lelakinya”.
Riwayat al-Nasa’ie (5163)
Ruslan al-Ramli al-Maqdisi al-Syafi’e menyatakan :
وخالص القز أو الحرير أو غالبا إلا على الصغير
"(Diharamkan ke atas lelaki) memakai sutera tulen atau sutera bercampur
yang kadar suteranya lebih banyak melainkan ke atas kanak-kanak."
يحرم عل الرجال أو الخنثى أستعمال (وخالص القز أو الحرير) من عطف العام عل
الخاص فأو بمعنى الواو إذا كان خالصا أو غالبا أي مما غالبه من القز والخير
لخبر لا تلبسوا الحرير والديباج بخلاف ما إذا كان غيره أكثر أو استويا وزنا
فلا يحرم لأنه لا يسمى ثوب حرير والأصل الحل ويجوز لبسه لضرورة كفجأة حرب إذا
لم يجد غيره ولحاجة كحكة وقمل إلا على الصغير أي ويحل للولي إلباس الصبي ولو
مميزا الحرير.
Diharamkan lelaki dan khunsa memakai sutera tulen atau sutera. Sekiranya
sutera tulen atau kadar suteranya lebih banyak (dominan) daripada campuran
kain lain, mereka (lelaki dan khunsa) tidak boleh memakai sutera dan dibaj
(sejenis sutera). Berbeza pula material kain yang selainnya lebih banyak
atau kadar kainnya sama rata dengan sutera, maka tidak haram kerana tidak
dinamakan baju sutera.
Seterusnya memakai sutera dibenarkan hanya pada situasi darurat seperti
tiada baju melainkan sutera dan pada situasi keperluan seperti mengalami
penyakit kulit. Kanak-kanak lelaki boleh memakai sutera dan penjaganya boleh
menggayakan anak lelakinya walaupun sudah mencapai had umur mumayyiz. (
Lihat : Ghayah al-Bayan Fi Syarh Zubad Ibn Ruslan, 183)
Pengecualian bagi kaum lelaki untuk membolehkan memakai kain sutera
disebabkan penyakit kulit berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik R.A
:
رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلزُّبَيْرِ
وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ فِي لُبْسِ الْحَرِيرِ لِحِكَّةٍ بِهِمَا
Maksudnya : Nabi SAW memberikan kelonggaran untuk Zubair dan Abd
Rahman untuk memakai sutera karana penyakit gatal yang mereka derita
(Riwayat al-Bukhari 5829 Muslim 2076)
Ketika mensyarahkan hadis diatas, Ibnu Hajar menukilkan pandangan
al-Thabari:
قَالَ الطَّبَرِيُّ : فِيهِ دَلَالَة عَلَى أَنَّ النَّهْي عَنْ لُبْس
الْحَرِير لَا يَدْخُل فِيهِ مَنْ كَانَتْ بِهِ عِلَّة يُخَفِّفهَا لُبْس
الْحَرِير
al-Thabari Rahimahullah menyatakan dalil hadis yang menunjukkan larangan
bagi kaum lelaki yang menggunakan sutera tidak termasuk orang yang mempunyai
penyakit yang boleh berkurangan dengan hanya memakai pakaian sutera (Rujuk:
Fath al-Bari, 10/295)
Berbalik kepada soalan yang diajukan, sekiranya t-shirt yang dipakainya
bercampur dengan kain sutera pada kadar 50% sama banyak dengan kadar
material kain lain atau campuran sutera kurang 50% maka pakaian tersebut
dibenarkan bagi kaum lelaki memakainya. Sebaliknya, sekiranya kadar campuran
kain sutera lebih banyak atau kadarnya melebihi 50%, daripada ,material
lain, maka pakaian t-shirt tersebut haram dipakai. Justeru, para pengguna
terutamanya kaum lelaki perlu mengambil cakna dan memastikan pakaian dibeli
tidak bercampur sutera melebihi 50%.
Informasi tambahan, rujuk artikel Irsyad al-Fatwa : Hukum Menggunakan
sejadah daripada sutera bagi lelaki
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4367-irsyad-al-fatwa-siri-ke-469-menggunakan-sejadah-daripada-sutera-bagi-lelaki
Penutup
Berdasarkan perbahasan yang dikemukakan, lelaki boleh memakai pakaian yang
bercampur sutera sekiranya campuran kain sutera pada kadar 50% sama banyak
dengan kadar material kain lain atau campuran sutera kurang 50%. Sebaliknya,
haram lelaki memakai sutera sekiranya kadar campuran kain sutera lebih
banyak atau kadarnya melebihi 50% daripada material lain. Adapun,
pengecualian bagi kanak-kanak lelaki memakai sutera dan rukhsah bagi lelaki
yang mengalami masalah penyakit kulit.
2) Emas
Menurut Pandangan Ulama hukumnya terbahagi kepada dua:
Pertama: Jika seorang lelaki memakai emas kerana hajat ataupun
darurat. Contohnya masalah kesihatan. Maka ini dibolehkan. Dalilnay
berdasarkan hadis berikut.
Daripada Abdurrahman bin Tarafah:
أَنَّ جَدَّهُ عَرْفَجَةَ بْنَ أَسْعَدَ قُطِعَ أَنْفُهُ يَوْمَ الْكُلَابِ،
فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ وَرِقٍ، فَأَنْتَنَ عَلَيْهِ، فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ ذَهَبٍ
Maksudnya: Bahawa atuknya ‘Arfajah bin As’ad terpotong hidungnya pada
hari Peperangan Kulab. Kemudia dia memasang acuan hidung daripada bahan
perak, lalu baunya busuk dan mengganggu beliau, maka Nabi SAW menyuruhnya
mengambil hidung daripada jenis emas.
(Hadis riwayat Imam Abu Daud (4232) dalam Sunan-nya)
Al-Khattabi: Hadis ini menunjukkan keharusan menggunakan sedikit emas bagi
lelaki ketika keadaan darurat seperti dalam penyusunan gigi, dan tidak ada
bahan lain yang boleh menggantikannya. Lihat Ma`alim al-Sunan (4/215).
Kedua: Pemakaian bagi tujuan perhiasan atau selain daripada
perubatan seperti pen yang diletak dipoket, dan jam tangan. Maka hukumnya
tidak dibolehkan. Ini berdalilkan sebuah hadis daripada Saidina Ali bin Abi
Talib RA:
إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا
فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ،
ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya
dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda:
Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.
(Hadis riwayat Imam Ahmad (935) dalam Musnad-nya)
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:
أُحِلَّ لِإِنَاثِ أُمَّتِي، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا
Maksudnya: Halal bagi umatku yang perempuan, dan haram bagi kaum lelaki
dalam umatku.
(Hadis riwayat Imam Ahmad [19502])
Al-Syaukani berkata: Hadis ini merupakan dalil yang digunakan jumhur ulama
yang berpendapat bahawa sutera dan emas haram bagi lelaki dan harus bagi
wanita. Lihat Nail al-Autar (2/98).
Ini kerana Nabi SAW menyebut
dengan jelas lagi sarih tentang pengharaman pemakaian sutera asli dan emas
bagi lelaki.
Adapun jika digunakan sebagai pinggan mangkuk, maka diharamkan sama ada
bagi lelaki atau wanita. Sabda Rasulullah SAW:
وَلاَ تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالفِضَّةِ، وَلاَ تَأْكُلُوا فِي
صِحَافِهَا، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَنَا فِي الآخِرَةِ
Maksudnya: Jangan kalian minum daripada bekas yang diperbuat daripada
emas and perak, dan jangan pula kalian makan daripada bekas makanan yang
perbuat daripadanya, kerana sesungguhnya kedua-duanya bagi orang kafir dan
bagi kita di akhirat nanti.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5426) dalam Sahih-nya)
Rasulullah SAW juga mengingatkan tentang azab yang keras bagi orang minum
dan makan daripada bekas emas dan perak. Sabda Baginda SAW:
الَّذِي يَشْرَبُ فِي إِنَاءِ الفِضَّةِ إِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ
نَارَ جَهَنَّمَ
Maksudnya: Mereka yang minum daripada bekas perak maka akan menggelegak
dalam perutnya api neraka Jahannam.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari [5634])
Ini kerana penggunaan itu melambangkan kesombongan. Pengharaman ini juga
bersifat ijma’.
3) Hiasan Telinga (Subang)
Di dalam hal menindik telinga terdapat hadis Nabi S.AW yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari berkenaan bab pemakaian.
Hadis daripada Ibnu Abbas R.A.:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم صَلَّى يَوْمَ الْعِيدِ رَكْعَتَيْنِ،
لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلاَ بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ
بِلاَلٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ، فَجَعَلَتِ الْمَرْأَةُ تُلْقِي
قُرْطَهَا
Maksudnya: Sesungguhnya S.A.W. selepas melakukan solat sunat Eid dua
rakaan, Baginda tidak melakukan solat sunat sebelum dan selepasnya,
kemudian Baginda pergi menemui golongan wanita bersama Bilal, lalu Baginda
memerintahkan mereka untuk bersedekah, sehingga terdapat daripada mereka
yang memberi anting-anting mereka.
(Rujuk: Sahih al-Bukhari: 5883)
Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani di dalam syarahnya menyatakan wajh istidlal
bagi hadis di atas adalah diharuskan untuk memakai perhiasan telinga atau
anting-anting bagi perempuan. (Rujuk: Fathul Al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari: 10/408)
Menindik telinga ulama Al-Syafieyah berbeza pendapat berkenaannya.
Sesetengah daripadanya mengharuskannya dan sebahagian melarangnya. Ini
berbeza berkenaan bayi lelaki diharamkan menindiknya ini kerana perbuatan
itu menyerupai kaum wanita. Imam Ghazali berpendapat bahawa hukumnya
“tidak diharuskan ini kerana membawa kepada kesakitan melainkan dengan
tujuan perubatan, berbekam dan khitan. Menindik merupakan perhiasan dan
itu bukanlah satu perkara yang penting”. (Rujuk: Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah
Al-Kuwaitiyyah: 39/349).
Al-Imam Ahmad Al-Malibari menukilkan di dalam hasyiahnya berkenaan
gurunya menyatakan harus bagi bayi perempuan menindik telinga dan bukannya
bagi bayi lelaki. Ini kerana uruf bagi bayi perempuan diketahui hak untuk
memakai perhiasan pada dirinya sama ada di zaman dahulu atau sekarang
(Rujuk: Fathul Al-Muin bi Syarhi Qurratil Al-Ain: 1/592)
Jumhur Fuqaha mengharuskannya ini seperti yang dinukilkan di dalam
Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah:
جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ عَلَى أَنَّ تَثْقِيبَ أُذُنِ الصَّغِيرَةِ
لِتَعْلِيقِ الْقُرْطِ جَائِزٌ، فَقَدْ كَانَ النَّاسُ يَفْعَلُونَهُ فِي
زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ غَيْرِ
إِنْكَارٍ، فَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
Maksudnya: Jumhur ulama berpendapat harus hukum menindik bayi perempuan
dengan tujuan perhiasan. Ini kerana kebanyakan para wanita di zaman Nabi
S.A.W menindik telinga mereka dan Baginda S.A.W tidak melarangnya. Ini
seperti yang digambarkan di dalam hadis Ibnu Abbas R.A.
(Rujuk: Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah: 11/272)
Berlebihan Dalam Perhiasan
Pada asal perhiasan itu adalah diharuskan ini seperti yang dinyatakan di
dalam tafsir Al-Razi: “Sesungguhnya setiap perhiasan itu diharuskan
melainkan apabila didatangkan dengan dalil (melarangnya)” (Rujuk: Fathul
Al-Bayan Fi Maqasid Al-Quran: 3/311)
Adapun pada asal hukum perhiasan diharuskan namun sebagai seorang muslim
seharusnya tidak melampaui batas dan berlebih-lebihan ini kerana Allah
S.W.T tidak menyukainya seperti firman Allah S.W.T di dalam
Al-Quran:
وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Maksudnya: dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka
akan orang-orang yang melampaui batas.
(Surah Al-A'raaf: 31)
Begitu juga dengan Sabda Nabi S.A.W melarang kita untuk berlebihan serta
melakukan perkara yang tidak memberi manfaat ini seperti Hadis daripada
Abdullah bin Amru bin Al-Ash sabda Baginda S.A.W:
كُلُوا وَاشْرَبُوا وَتَصَدَّقُوا وَالْبَسُوا مَا لَمْ يُخَالِطْهُ
إِسْرَافٌ أَوْ مَخِيلَةٌ
Maksudnya: Makan dan minumlah, bersedekah dan berpakaianlah tanpa ada
unsur berlebihan atau sia-sia
(Rujuk: Sunan Ibnu Majah: 3605)
Kesimpulan:
Berdasarkan kepada nas dan perbincangan di atas hukum menindik telinga
adalah di haruskan bagi golongan wanita. Namun perhiasannya itu hanya
boleh dilihat oleh suami dan mahramnya sahaja ini kerana telinga itu
merupakan aurat yang wajib ditutupi
Melihat kepada persoalan di atas menindik telinga melebihi daripada satu
tempat tidak diharuskan ini kerana menyerupai golongan kafir dan fasiq.
Nabi S.A.W. melarang umatnya untuk menyerupai golongan kafir seperti Hadis
daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah
daripada kalangan mereka.”
(Riwayat Abu Daud: 4031)
(Rujuk: IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-302: SYARAH HADITH TASYABBUH)
Selain itu ia juga merupakan perkara yang berlebihan dan melampaui batas
di dalam perhiasan dan perbuatan melampaui batas ini dilarang di dalam
syariat Islam seperti nas yang didatangkan di atas.
Rujukan: Muftiwp.gov.my
0 Ulasan