CARA DUPLICATE REMOTE CONTROL KERETA
Remote kereta pada masa kini sangat diperlukan bagi memudahkan urusan
sehari-hari. Dengan adanya, remote ini. Kita dapat mengunci dan membuka pintu
dari jarak 2-3 meter jauh dari kereta kita. Jadi tak perlulah kita kena buka
pintu secara manual lagi!
Tanpa membuang banyak masa, mari kita terus ke isi utama!
Langkah-Langkah
1) Memiliki Remote Control Baru & Lama
First sekali, kita perlulah memiliki remote control yang asal / lama beserta
dengan yang baru. Anda dapat beli remote control kereta ini melalui website
pembelian atas talian seperti tiktok shop, shopee, lazada dan lain2. Jikalau
korang tak nak beli secara atas talian, korang boleh terus beli kat kedai
aksesori kereta korang.
2) Masukkan kunci dalam lubang kunci
Langkah seterusnya, kalian perlu memasukkan kunci kereta korang ke dalam
lubang kunci. Korang cuma perlu lakukan seperti nak start kereta.
3) Putar kunci On & Off 5 Kali
Seterlah memasukkan kunci, kalian perlu memutar kunci ke arah on & Off
sebanyak 5 kali. Setelah memutar kunci sebanyak 5 kali, kalian akan mendengar
bunyi hon. Jangan risau, hal ini menandakan yang korang dah masuk ke dalam
mode setting.
4) Tekan button Kunci & Buka pada Remote Lama
Seterusnya, kalian tinggal menekan button lock & open pada remote lama
sebanyak 2 kali. Hon kereta akan berbunyi sekali lagi. Ini menandakan yang
remote control korang telah dibaca.
5) Tekan button Kunci & Buka pada Remote Baru
Setelah mendengar bunyi hon yang kedua, korang perlu menekan button lock &
open pada remote baru sebanyak 2 kali juga. Sekali lagi, bunyi hon kereta akan
terdengar. Setelah hon kereta terdengar kali boleh matikan suis kereta. Bunyi
hon akan terdengar sekali lagi, menandakan mode setting telah dimatikan.
6) Test
Step terakhir, kalian tinggal test sama ada remote control baru korang dah
berfungsi atau tidak. Jika berfungsi, Tahniah! Korang dah berjaya duplicate
remote control kereta korang. Jika gagal, kalian boleh cuba ikuti semula
langkah2 diatas.
Jika Remote Control Lama Tiada
Saya dapati, ramai yang mengalami masalah remote control kereta mereka yang
lama telah hilang. Bagaimana cara nak guna remote control kereta korang yang
baru? Jawapannya cukup mudah, kalian cuma perlu menyediakan 2 remote control
kereta baru. Ikuti langkah duplicate yang dinyatakan.
Settle! Selamat mencuba dan semoga maklumat ini dapat membantu..
0 Ulasan