Top 5 Youtuber Malaysia Dengan Subscriber Diatas 1 Juta!!
Seperti yang diketahui, pada era serba moden yang dimana semua sumber boleh
diperoleh hanya dari hujung jari ini. Telah banyak dunia hiburan yang
berkembang mengikuti perkembangan zaman. Tidak terkecuali di dunia
hiburan.
Selain permainan video atau game, visual audio juga menjadi salah satu tarikan
yang sangat dinikmati pada masa kini. Dan salah satu platform yang menyediakan
hal itu adalah youtube. Bahkan kini, youtuber telah menjadi salah satu dari
cabang pekerjaan.
Dengan berkembangnya platform ini, Malaysia tidak ketinggalan dalam mencetak
nama di mata dunia melalui isi kandungan yang menghibur. Dikeranakan itu,
dalam kesempatan kali ini, saya akan berkongsi dengan anda, Top 5
Youtuber Malaysia Dengan Subscriber Diatas 1 Juta!!
📑ISI KANDUNGAN
1] Les' Copaque Production
2] Monsta
3] PlataBush
4] Didi & Friends
5] Omar & Hana
1) Les' Copaque Production
Pada mulanya, animasi ini dibuat semata-mata untuk menyambut hari raya
Aidilfitri ketika itu. Tapi, bagaikan durian runtuh, video berdurasi pendek
ini mendapat sambutan yang sangat tidak terduga dari rakyat Malaysia.
Sejak dari situ, animasi ini terus berkembang sehingga berhasil mengeluarkan
sebuah movie pada tahun 2007 yang bertajuk Upin Ipin Geng Pengembaraan
Bermula. Selepas movie ini keluar, animasi ini semakin dikenali dan digemari
tidak hanya oleh anak-anak tapi juga orang dewasa.
Sehingga kini, Syarikat Animasi Les' Copaque Production telah berjaya
memperoleh pelbagai penghargaan sama ada dari dalam negara mahupun dunia.
Dengan perkembangan cerita dan grafik yang lebih menarik dan memukau.
Ketika pertama kali hadir di dunia Youtube pada 9 November 2009, Les' Copaque
Production telah berjaya mendapat pelanggan atau subscriber seramai 17.4 juta
dengan jumlah tontonan sebanyak 8.8 bilion.
Dengan jumlah subscriber dan tontonan yang sangat memukau, tidak hairan jika
channel Les' Copaque Production berjaya menduduki ranking nombor 1 dalam dunia
hiburan Youtube di Negara tercinta Malaysia ini.
2) Monsta
Ya, itulah petikan yang saya ambil dari website official Monsta. Seperti yang
terserta di kalimat tersebut, Monsta merupakan sebuah syarikat animasi yang
telah menimbun banyak pengalaman lebih dari 10 tahun lamanya.
Animasi terkemuka dari studio ini antaranya adalah Boboiboy dari musim 1
hingga Boboiboy Galaxy dan Mechamato. Kedua animasi ini telah membuka mata
dunia akan kehebatan dan kemahiran anak bangsa dalam mencipta sebuah animasi
yang sangat memukau.
Menurut pengasas syarikat ini, Nizam Abd Razak. Animasi yang dihasilkan adalah
bertujuan untuk membuka pandangan dunia akan kebolehan anak bangsa yang mampu
menandingi "Disney Animation" yang telah lebih dulu menceburi dunia animasi.
Beliau beserta team yang sangat supportive juga berkomitmen untuk
memperkenalkan budaya dan keunikan yang terdapat di Tanah Air Malaysia. Monsta
pertama kali bergabung ke platform youtube adalah pada 21 Mac 2014. Sehingga
kini jumlah subsriber channel ini telah mencapai seramai 10.5 Juta beserta
tontonan sebanyak 4.2 bilion.
Hal ini telah menempatkan Channel Monsta Diposisi kedua dan mungkin menjadi
saingan terberat bagi pemegang tahta Channel Youtube dengan jumlah subscriber
terbanyak di Malaysia. "MUNGKIN"
3) PlataBush
Setelah 2 channel diatasnya yang merupakan sebuah syarikat, kini hadir seorang
youtuber solo yang mendapatkan kedudukan ke-3. Pemilik dari channel PlataBush
ini, Aeron Manzes diketahui merupakan seorang lelaki yang lahir pada 20 Ogos
1998 atau kini berusia 25 Tahun.
Beliau merupakan seorang youtuber yang terkenal dengan animasi minecraftnya
yang unik dan mungkin aneh? Setiap video yang dihasilkan selalu mendapatkan
jumlah tontonan yang memukau dalam kisaran 100k-10 juta.
Disanding dengan pergabungan Game Minecraft yang sememangnya mempunyai
komuniti yang sangat besar, ini menjadikan channel PlataBush semakin dikenali
dan diminati. Setiap hasil videonya yang tidak terduga serta mengikuti trends
semasa telah mendorong channel PlataBush tetap dapat diterima pada masa kini.
Dengan jumlah subscriber seramai 7.09 Juta serta tontonan sebanyak 1.7 Bilion
dalam tempoh masa yang relatif singkat iaitu pada awal petubuhan 24 september
2015 hanya memakan waktu selama 8 tahun. Dengan fakta yang mencengangkan,
tidak pelik jika channel PlataBush berada di posisi ke-3.
4 & 5) Didi & Friends N Omar & Hana
Jika anda bertanya kenapa channel ini saya cantum sekali, maka jawapannya
adalah kerana kedua channel ini adalah channel lagu yang berfokus kepada
kanak-kanak. Seperti yang diketahui, kedua animasi ini adalah sebuah animasi
pembelajaran bagi kanak-kanak.
Dengan hadirnya visual dan audio yang memukau, ia telah berjaya menarik minat
kanak-kanak untuk menonton setiap video yang dihasilkan. Kedua animasi ini
sangat ramah untuk tontonan kanak-kanak yang sememangnya berada di fasa
berkembang paling pesat.
Kedua channel ini hadir pada selang waktu yang tidak terlalu jauh, yakni
didahului dengan channel Didi & Friends pada 16 Mei 2014 dan
kemudiannya diikuti oleh channel Omar & Hana pada 22 Februari 2017.
Dengan dimana masing-masing channel memperoleh jumlah subsriber seramai 6.55
Juta dan 5.91 Juta.
Jika dilihat dari jumlah tontonan pula, Didi & Friends mendapatkan
sebanyak 5.5 bilion dan Omar & Hana dengan jumlah sebanyak 3.1 bilion.
Kedua syarikat animasi pendidikan ini sememangnya telah menjadi pilihan ibu
bapa masa kini bagi memberi anak mereka yang terbaik dalam perkembangan
mereka.
Itulah Top 5 Youtuber Malaysia Dengan Subsriber Diatas 1 Juta. Bagaimana
pendapat korang? Apakah channel-channel tersebut sememangnya layak mendapatkan
subscriber seramai itu atau malah sebaliknya?
Cukup sekadar disini, saya ingin mengundur diri. Nama saya Ace, saya akhiri
dengan Assalamualaikum.
0 Ulasan