Remaja Rempuh Kereta Di Pulau Pinang Viral Di Media Sosial
Baru-baru ni, rakyat Malaysia heboh dengan tularnya sebuah video memaparkan aksi lumba haram di negeri Pulau Pinang yang telah meranggut nyawa seorang remaja berusia 18 tahun. Aksi "Mat Rempit" yang melakukan gaya 'Superman' dan melanggar lampu isyarat telah menyebabkan beliau merempuh sebuah kereta.
"Penunggang motosikal, Muhammad Akid Mat Rozi, berasal dari Permatang Timbul, Balik Pulau, meninggal di tempat kejadian.
"Berdasarkan siasatan awal, insiden berlaku ketika kereta terbabit dari Bayan Lepas menuju ke Jalan Tengah tiba di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.
"Pemandu kereta membelok ke kanan apabila lampu isyarat bertukar hijau dan kemudiannya dirempuh sebuah motosikal dari arah bertentangan.
"Pemandu kereta mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan kirinya," kata Kamarul dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambahan, Superintendan Kamarul berkata ketika kejadian hari sedang hujan.
"Kami sedang menyiasat kes dan memeriksa fungsi lampu isyarat, melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengambil kira cuaca hujan dan keadaan jalan yang basah.
"Saksi di tempat kejadian juga sedang dikenal pasti.
"Bedah siasat akan dijalankan untuk menentukan punca kematian penunggang motosikal.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu," katanya.
Berdasarkan video tular, mangsa dilihat menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dalam keadaan berbahaya dengan melakukan aksi ‘Superman’ selain sedang berlumba bersama seorang rakannya.
Ketika kejadian, rakan mangsa nyaris terlibat dalam kemalangan namun sempat mengelak kereta terbabit.
Walau apa pun, marilah kita bersama menjaga bicara mulut dan jari agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Kita doakan yang baik-baik untuk semua pihak yang terlibat. Juga, marilah bersama kita hadiahkan al-fatihah kepada arwah saudara Muhammad Akid bin Mat Rozi. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang soleh.
Sebagai penutup, bersama kita ambil iktibar dari kejadian ini. "Manusia memang dikurniakan dengan hawa nafsu, tapi jika manusia tersebut mampu menjaga hawa nafsunya. Nescaya, tinggilah kedudukannya berbanding malaikat."- Aish
0 Ulasan