INFORMASI Kami sedang mencari penulis yang tertarik untuk bergabung! KLIK DISINI

Cuba Pastikan, Duit Kalian Duit Emas/ Duit Batu

Widget By - SoraBloggingTips

 Duit Lama Yang Disangka Duit Bernilai

Ramai masyarakat yang bukan pengumpul beranggapan bahawa setiap barang yang lama itu adalah sesuatu yang antik dan bernilai. Sayangnya, tanggapan ini salah sama sekali. Pemikiran yang telah mengakar dalam fikiran mereka ini telah menjadikan mereka hanya mengumpul duit bernilai muka/ nilai duit itu sendiri.

Apakah duit kalian duit emas/ duit batu?

Cuba Pastikan, Duit Kalian Duit Emas/ Duit Batu


Persepsi "pengumpul duit lama akan membeli apa sahaja duit lama" juga amat kuat meresap di fikiran kebanyakkan bukan collector. 😦

Percaya atau tidak, terdapat juga bukan collector yang walaupun telah dimaklumkan bahawa duit syiling yang mereka ada itu tidak berharga, tetap tidak mempercayai dan menerima dengan nasihat yang diberikan. Mereka akan berusaha untuk menjualnya kepada orang lain, "mencuba nasib" untuk mencari keuntungan segera.

Hobi mengumpul duit lama ni bukanlah sesuatu yang mudah, anda perlu ada ilmu untuk menilai yang mana satu intan permata dan yang mana satu hanya kaca biasa.

Bukan semua duit lama yang anda ada itu dicari oleh collector duit lama. Kebanyakkan dari mereka yang "mencuba nasib" ini tidak berminat untuk membaca. Ada yang membaca sekadar 140 patah perkataan pertama sahaja kemudian meninggalkan dengan maksud yang hanya ada di fikirannya bukan yang ingin disampaikan penulis.

Rakan Kami ada kongsikan mengenai duit syiling Malaysia yang berharga didalam album di Facebook mereka. http://bit.ly/2g7aM8U

"Ada yang berkata mereka ada syiling tersebut, sebaik sahaja ia dikongsikan, tak tengok pun gambar-gambar duit syiling yang kami kongsi dan tidak membaca maklumat yang kami kongsikan." kata malaysiacoin.com

Ramai bukan collector yang merungut, koleksi duit lama yang mereka miliki tidak berjaya dijual, tetapi mereka tidak sadar bahawa koleksi duit lama mereka hanya "duit buruk" kepada para pengumpul duit lama.
Mungkin ada yang bertanya, apa yang dimaksudkan sebagai duit buruk?

Jika anda seorang collector, anda akan faham apa yang kami maksudkan. 😄


Jika anda rajin membaca apa yang kami kongsikan disini, anda tidak akan membuang masa menyimpan "duit buruk". Lebih baik ianya digunakan untuk membeli barang keperluan dapur, hal ini kerana jika disimpan 1,000 tahun sekalipun. Duit sebegini tetap akan menjadi "duit buruk" buat para pengumpul duit lama.

Kami hanya berkongsi dengan anda, ia tetap terpulang kepada anda ingin mempercayainya atau tidak.
Hobi sebegini bukanlah tempat bagi mereka yang hanya mencari "nasib tuah" semata. Ia lebih kepada memahami kenapa hobi ini sangat berharga.

Catat Ulasan

0 Ulasan