INFORMASI Kami sedang mencari penulis yang tertarik untuk bergabung! KLIK DISINI

Game - Game Terkenal Yang Ternyata Buatan Malaysia

Widget By - SoraBloggingTips

10 Game Terkenal Yang Ternyata Buatan Malaysia!!

Game - Game Terkenal Yang Ternyata Buatan Malaysia


Industri game merupakan salah satu sektor yang paling cepat berkembang di dunia. Bahkan Game mampu menandingi kepopularan filem, muzik dan pelbagai bentuk hiburan lain di peringkat antarabangsa. 


Negara tercinta kita juga tidak ketinggalan dengan perkembangan game yang semakin popular saban hari. Sebagai pembuka, salah satu Studio Malaysia sebenarnya pernah terlibat dalam pembuatan game terkenal seperti Days Gone, Gears 5, Uncharted 4: A Thief’s End dan banyak lagi!

Game - Game Terkenal Yang Ternyata Buatan Malaysia


Pada era modern ini, ternyata telah banyak game tempatan yang berjaya mencapai tahap setaraf antarabangsa. Berikut telah admin rangkum, 10 Game Terkenal Yang Ternyata Buatan Anak Malaysia.

𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋

📑Isi Kandungan

𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋

1) No Straight Roads


Game - Game Terkenal Yang Ternyata Buatan Malaysia

No Straight Roads telah dilancarkan pada 25 Ogos 2020. Game ini boleh didapati di Platform Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, dan Microsoft Windows. No Straight Roads telah dihasilkan oleh Metronomik yang ditubuhkan oleh Wan Hazmer (bekas pereka Final Fantasy XV) bersama-sama sepupunya, Daim Dziauddin (bekas pelukis konsep Street Fighter V).


Di dalam game ini, kita akan mengikuti pengembaraan dua pemain pemuzik iaitu Mayday dan Zeke untuk menentang syarikat gergasi NSR yang telah melarang segala bentuk muzik kecuali rentak electronic dance music (EDM) di Vinyl City.


Dengan grafik yang sangat memanjakan mata telah menjadikan game ini mendapat rating sebesar 9/10 di Platform Game Terpopular, Steam. Ini sekaligus menjadikan seramai 97% pengguna google yang meratingnya telah memberikan tanda suka untuk game ini. WOW!


2) King’s League II


King's League II telah dilancarkan pada 8 Oktober 2019. Game ini boleh didapati di Platform Microsoft Windows, Mac operating systems, dan Apple Store. King's League II telah dihasilkan oleh Kurechii dengan sistem engine Unity.


King's League II adalah game simulasi dalam pengurusan pasukan pejuang zaman pertengahan yang mirip seperti Game Football Manager tetapi dengan pergantian pedang dan magic.


King’s League II adalah permainan video pertama dari Malaysia yang telah hadir ke Apple Arcade, iaitu servis langganan khas yang hanya terhad untuk peranti Apple.


Di dalam game ini, kita akan berperanan untuk merekrut, melatih dan mengurus pejuang dengan tipe kelas yang berbeza-beza sebelum dihantar ke medan pertempuran.


Di platform Steam, game ini telah mendapatkan rating sebesar 7/10 dan 4.2/5 di App Store - Apple.


3) Ejen Ali Emergency 


Ejen Ali Emergency telah dilancarkan pada 11 September 2016. Game ini boleh didapati di Platform Android dan IOS. Ejen Ali Emergency telah dihasilkan oleh Common Extract yang merupakan gabungan kerja sama antara Media Prima dan WAU Animation.


Ejen Ali pada mulanya terkenal dari siri animasi tempatan iaitu Ejen Ali yang ditayangkan pertama kali pada 8 April 2016. Tanpa diduga, animasi ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Dengan kepopularan animasi ini. Kini, ia telah hadir pula dalam bentuk sebuah game.


Dengan konsep permainan aksi pandangan atas bawah (isometric), kita akan bermain sebagai Ejen Ali yang menggunakan kaca mata berteknologi tinggi, IRIS dan yoyo modifikasi berteknologi canggih dengan tujuan menyelinap masuk ke kawasan fasiliti MATA.


Di dalam permainan ini, kita bukan sahaja dapat bermain sebagai Ejen Ali, tetapi  juga boleh bermain sebagai ejen lain seperti Ejen Rizwan, Ejen Bakar, Ejen Alicia, Ejen Comot dan beberapa karakter lain. Yang lebih menyenangkan, setiap karakter mempunyai kemampuan dan karakter yang istimewa.


Ejen Ali Emergency telah mendapatkan rating sebesar 4.5/5 di google play, 4.2/5 di App Store, dan 9/10 di APKPure.


4) Mak Cun's Adventure


Mak Cun's Adventure telah dilancarkan pada 20 May 2018. Game ini boleh didapati di Platform Android dan IOS. Mak Cun’s Adventure telah dihasilkan oleh Media Prima Digital.


Pasti anda pernah menonton drama bersiri Mak Cun di siaran TV kan? Dengan wataknya yang menghibur, ia telah menarik perhatian ramai penonton untuk menghibur diri dengan menonton siri drama ini.


Mak Cun’s Adventure adalah sebuah permainan video strategi dan pengurusan business yang mirip permainan popular jenerasi 20-an iaitu Diner Dash.


Dalam game ini, kita berpeluang untuk mengambil alih tampuk business Mak Cun dan mengurus pelbagai jenis perniagaan seperti restoren, gerai makanan, butik pakaian dan banyak lagi.


Mak Cun’s Adventure telah mendapatkan rating sebesar 4.2/5 di Google play dan 3.9/5 di App Store.


5) Eximius: Seize The Frontline


Eximius: Seize The Frontline telah dilancarkan pada 27 September 2018. Game ini boleh didapati di Platform Microsoft Windows. Game Eximius : Seize The Frontline telah dihasilkan oleh Ammobox Studios.


Permainan video ini merupakan permainan online (multiplayer) dengan pergabungan dua perspektif game iaitu first-person shooter (FPS) dan real-time strategy (RTS).


Dalam permainan ini, kita berperan untuk menjalankan dua tugasan berbeza iaitu menjadi komander dalam perspektif [RTS] dengan membina penempatan ibu pejabat, melatih tentera dan memberi tugasan kepada ahli pasukan yang akan mengetuai unit kecerdasan buatan (AI) dengan tujuan membantu pemain mengumpulkan sumber juga mengalahkan musuh dalam perspektif [FPS].


Eximius: Seize The Frontline telah mendapatkan rating sebesar 7/10 di Steam dan 53% di Metacritic.


6) Bake ‘n Switch


Game - Game Terkenal Yang Ternyata Buatan Malaysia

Bake 'n Switch telah dilancarkan pada 21 Ogos 2020. Game ini boleh didapati di Platform Nintendo Switch, PlayStation 4, Microsoft Windows, dan Linux. Bake ‘n Switch telah dihasilkan oleh Streamline Games.


Bake' n Switch ini adalah permainan video couch co-op yang dapat dimainkan seramai 4 orang.


Dengan konsep sebegini, anda boleh bermain bersama rakan atau ahli keluarga untuk mengumpul sebanyak-banyaknya doh yang dapat di uli dan di bakar ke dalam ketuhar. Dalam masa yang sama, anda diharuskan untuk berusaha mempertahankan base anda daripada musuh Spores, Stickies, and Mouldies.


Bake ‘n Switch mendapatkan rating sebesar 6/10 di Steam dan Nintendo Life.


7) Ejen Ali: Agents' Arena


Ejen Ali: Agents' Arena telah dilancarkan pada 6 Ogos 2020. Game ini boleh didapati di Platform Android dan IOS. Ejen Ali: Agents' Arena telah dihasilkan oleh Common Extract iaitu gabungan kerja sama antara Media Prima dan WAU Animation.


Game ini sepertinya dilancarkan bagi menarik para pengemar untuk menonton siri Animasi Ejen Ali musim yang ke-3. Game ini mengunakan konsep Multiplayer dan Battle Arena yang sangat popular belakangan ini seperti game Mobile Legends.


Di dalam game ini, kita akan bermain 3 vs 3 dengan menggunakan pelbagai karakter baru yang muncul pada siri animasi Ejen Ali Musim yang ke-3 ini. Jika kalian penggemar game battle arena dan online multiplayer bolehlah cuba-cuba main game yang satu ini.


Ejen Ali: Agents' Arena telah mendapatkan rating sebesar 3.9/5 di App Store dan 9.8/10 di APK Pure.


8) A Dance Of Fire And Ice


A Dance Of Fire And Ice telah dilancarkan pada 6 Aug 2020. Game ini boleh didapati di Platform Android, Microsoft Windows, IOS, Linux, dan Mac operating systems. A Dance Of Fire And Ice telah dihasilkan oleh 7th Beat Games.


Jika kalian merasa game Cytus atau Deemo susah, maka A Dance Of Fire And Ice akan memberikan anda sensasi yang akan mencabar keupayaan koordinasi mata dan tangan atau lebih tepat jari anda. 


A Dance Of Fire And Ice adalah permainan muzikal yang mana mengharuskan kalian untuk selarikan dua bola berwarna biru dan merah dalam satu garisan yang sama mengikut tempo muzik. Perlu diingat, dua bola itu akan bergerak lebih laju semakin mencapai akhir dari sesebuah lagu yang dimainkan.


Setiap tahap diserlahkan dengan beberapa lagu yang berlainan beserta latar belakang dunia yang juga berbeza. Di Game ini, Kalian juga dapat menghasilkan sebuah dunia pribadi beserta gubahan lagu yang unik menggunakan filter tersedia iaitu Level Editor.


A Dance Of Fire And Ice telah mendapatkan rating sebesar 9/10 di Steam, 4.6/5 di Fizzd dan 4.7/5 di Google Play.


9) Simulacra 2


Simulacra 2 telah dilancarkan pada 12 Disember 2019. Game ini boleh didapati di Platform Nintendo Switch, Android, Microsoft Windows dan IOS. Simulacra 2 telah dihasilkan oleh Kaigen Games.


Misteri dan kecurigaan akan diteruskan lagi di dalam Simulacra 2. Kali ini, Simulacra 2 menampilkan sebuah kisah tewasnya seorang (influencer) bernama Maya Crane secara misteri. Di siri ini, kalian akan berperan untuk mencari sebuah bukti dan punca kematiannya dengan menggunakan informasi yang terdapat di smartphine milik Maya.


Sebelum memainkan game ini, kalian sebaiknya memainkan dulu siri pertama game ini, Simulacra 1 yang tersedia di PC, Android & iOS juga dlcnya, Simulacra: Pipe Dreams yang juga tersedia di platform yang sama.


Simulacra 2 telah mendapatkan rating sebesar 9/10 di Steam, 4.7/5 di App Store dan 4.9/5 di Google Play.


10) Re: Legend


Game - Game Terkenal Yang Ternyata Buatan Malaysia

Re: Legend telah dilancarkan pada 9 Februari 2019. Game ini boleh didapati di Platform Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, dan Microsoft Windows. Re: Legend telah dihasilkan oleh 2 syarikat game iaitu Magnus Games dan Magnus Games Studio.


Re: Legend merupakan permainan simulasi role-playing game(RPG), yang mana anda dapat membina, menanam tumbuhan, memancing dan memburu, serta menjinakkan haiwan/monster yang dipanggil sebagai Magnus.


Re: Legend telah mencatat sejarah apabila mendapat kutipan dana tertinggi di Asia Tenggara dan menjadi permainan video buatan Malaysia pertama yang telah diterbitkan oleh 505 Games.


Game Re: Legend telah mendapatkan rating sebesar 6/10 di Steam.


Ternyata banyak juga game terkenal yang ternyata buatan Malaysia. Siapa sangka, game hasil karya anak Malaysia mampu setaraf antarabangsa. Setelah mengetahui senarai game ni, bolehlah ajak rakan atau saudara mara bermain sekali.


Kongsikan kepada rakan anda yang juga seorang pecinta game. Mari kita bersama support game-game buatan tempatan agar mereka lebih bersemangat untuk menghasilkan karya yang lebih menakjubkan!

Catat Ulasan

0 Ulasan