INFORMASI Kami sedang mencari penulis yang tertarik untuk bergabung! KLIK DISINI

Mohd Nasarudin Mohd Yusof | Individu Malaysia Penerima Hadiah Nobel

Widget By - SoraBloggingTips

Mohd Nasarudin Mohd Yusof Penerima Hadiah Nobel Pertama Dari Malaysia!

Tidak pernah sedetik pun terlintas di hati Mohd Nasarudin Mohd Yusof untuk mendapat penghargaan sebesar Nobel sewaktu dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran daripada Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) yang terletak di The Hague, Belanda.


Mohd Nasarudin Mohd Yusof | Individu Malaysia Penerima Hadiah Nobel

Namun, memikirkan peluang hanya akan datang sekali seumur hidup, maka beliau nekad untuk melakukan penghijrahan ke Belanda lewat 12 tahun lalu. Siapa sangka, hasil kerjasama dia dan pasukan di OPCW telah mendapat pengiktirafan sekaligus memenangi Anugerah Nobel Keamanan 2013. Dan kejayaan itu menjadi amat bermakna kerana dia telah turut mengharumkan nama negara di persada dunia dengan kibaran megah Jaguh Gemilang.

Pesara Angkatan Tentera Malaysia yang berusia 52 tahun ini tidak pernah menjangka akan berpeluang untuk membanggakan rakyat Malaysia dengan Anugerah Nobel Keamanan 2013 yang diterima untuk kerja-kerjanya bersama OPCW. Organisasi tersebut telah memenangi anugerah itu di atas usaha gigih untuk menghapuskan senjata kimia serta penggunaannya di seluruh dunia, seperti yang dipetik melalui laman rasmi Anugerah Nobel itu.


Mohd Nasarudin Mohd Yusof | Individu Malaysia Penerima Hadiah Nobel

“Apabila anda bekerja di luar negara, tidak kira betapa kecil tugas anda, anda sebenarnya membawa bendera negara,” kata Nasarudin.


Tambahan lagi, beliau juga berharap agar kemenangan pasukannya mampu memberi suntikan motivasi kepada generasi muda untuk mencapai impian negara memenangi hadiah Nobel dalam kemajuan budaya dan juga saintifik.

“Saya tidak memenangi hadiah Nobel untuk pencapaian individu. Saya menerimanya bersama organisasi, untuk kerja-kerja keseluruhan pasukan,” tegas pakar munisi dan senjata kimia ini.


Hadiah Nobel Keamanan yang dimenangi OPCW termasuklah pingat, diploma dan juga hadiah wang tunai bernilai kira-kira 900,000 euro (RM 3.77 juta).

Kejayaan Nasarudin ini turut mendapat perhatian Yang Berhormat Perdana Menteri ke-6 Malaysia melalui ucapannya di laman rasmi Twitternya.

Mohd Nasarudin Mohd Yusof | Individu Malaysia Penerima Hadiah Nobel

Menceritakan pengalamannya sepanjang di Belanda, masyarakat pelbagai budaya di Malaysia memudahkan Nasarudin membiasakan diri dengan budaya yang berbeza di Negara Belanda. Menurut Leftenan-Kolonel bersara ini, beliau juga turut mendapat bantuan daripada rakyat Malaysia yang menetap di The Hague, termasuklah rakan sekerja beliau dari Malaysia yang telah memegang taraf Penduduk Tetap di Britain.

Tambah Nasarudin lagi, pengalamannya di Belanda telah membuatkan dirinya lebih menghargai negara tercinta. Namun begitu, dia turut menasihati agar setiap orang yang berpeluang ke luar negara sama ada untuk bertugas atau melanjutkan pelajaran perlu menyambut peluang tersebut. Ini kerana baginya peluang yang baik hanya datang sekali seumur hidup dan pengalaman tersebut akan menjadi sesuatu yang berharga di dalam kehidupan.

Buat sementara ini, Nasarudin akan meneruskan usahanya membanggakan Malaysia di atas kerja-kerjanya di Belanda. Dia menyimpulkan bahawa dia tidak boleh kembali ke Malaysia buat masa ini kerana tiadanya bidang pengkhususan yang sesuai dengan kelayakannya. Namun, dia percaya akan dapat terus menyumbang kepada negara sekiranya berada di The Hague walaupun dia amat merindui suasana di negara tercinta.

Semoga kisah kejayaan Mohd Nasarudin Mohd Yusof ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia di luar sana. Harapan kami, akan lebih ramai lagi pemenang anugerah Nobel yang berstatus warganegara Malaysia pada masa akan datang. Jom, kita banggakan bangsa dan negara!

Catat Ulasan

0 Ulasan