Aplikasi & Website Yang Dapat Membantu Anda Menjadikan Konten Yang Dihasilkan Lebih Berkualiti!!
Sememangnya dizaman serba modern ini, telah ramai
generasi
yang ingin menjadi seorang content creator atau lebih dikenali
sebagai Youtuber. Menjadi seorang Youtuber bukanlah sesuatu yang
mudah, lagi-lagi jika ingin meraih pendapatan dari pengkongsiaan kita.
Para penonton pada masa kini lebih mencari sebuah konten video yang menarik
dan unik berbanding para penonton terdahulu. Perkembangan user yang
menjadi seorang youtuber juga menjadi salah satu faktor yang memberatkan
mereka yang baru ingin terjun ke dunia entertaiment ini.
Oleh dikeranakan itu, admin akan berkongsi dengan kalian beberapa aplikasi
yang mungkin dapat membantu kalian dalam mengembangkan karya konten menjadi
lebih berkualiti.
Sebelumnya, admin ingatkan bahawa aplikasi yang direkomendasi hanya akan
memudahkan anda. Tidak ada jaminan bahawa channel anda akan benar-benar
berkembang setelah menggunakan aplikasi yang di rekomendasi oleh kami.
𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋
📑Isi Kandungan
𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋
Apa sahaja aplikasi yang dimaksud?
1) Notion
Contoh, anda sedang scrolling Facebook. Tiba-tiba anda terjumpa
sebuah artikel yang menarik. Nah, dengan aplikasi ni, kalian boleh terus
taip dan simpan untuk dijadikan content video seterusnya.
Penggunaannya juga meluas, tidak hanya untuk note semata. Di Notion, kalian
juga boleh membuat jadual tugasan. Keinginan/ list yang mungkin ingin
dimiliki suatu saat nanti. Membentuk team yang akan membantu
mencarikan informasi yang berguna bagi tujuan penghasilan content yang baru.
Juga, mungkin anda berkeinginan untuk menulis sebuah diary. Maka
Notion boleh menjadi solusinya.
Masih banyak fitur yang terdapat di aplikasi Notion. Kalau nak disenaraikan
mungkin habis 1 halaman. Saya sarankan kalian cuba sendiri aplikasi ni.
Kalau kalian nak download. Admin dah sediakan link dibawah.👇
Notion
2) VidIQ
Sebetulnya VidIQ adalah sebuah website bukan aplikasi. Namun
dikeranakan kegunaannya yang sangat berkesan untuk para Youtuber. Maka admin
masukkan je sekali.
VidIQ adalah sebuah website yang dapat menganalisis setiap video yang
terdapat di Platform Youtube. Tidak hanya itu, VidIQ juga dapat memberikan anda sejumlah idea yang
menarik pada setiap hari!
Ya, anda tidak salah baca. VidIQ akan membantu anda mencari sebuah idea yang kemudian dapat anda olah menjadi bahan konten seterusnya. VidIQ juga dapat memberikan anda rekomendasi tag, tajuk, perihal, dan beberapa fitur lainnya.
Website ni sangat berguna bagi Youtuber. Jika anda bertanya, kena bayar ke? Maka anda boleh tersenyum kerana ianya percuma! Setelah berjaya mendapatkan income melalui program rakan kongsi Youtube, anda bolehlah menaik taraf akaun anda dengan berlangganan.
Menurut statistik VidIQ, telah ramai Youtuber yang menggunakan website ini. Bukan sahaja yang masih pemula, bahkan yang telah mempunyai ramai subscriber juga masih menggunakannya!
Ya, anda tidak salah baca. VidIQ akan membantu anda mencari sebuah idea yang kemudian dapat anda olah menjadi bahan konten seterusnya. VidIQ juga dapat memberikan anda rekomendasi tag, tajuk, perihal, dan beberapa fitur lainnya.
Website ni sangat berguna bagi Youtuber. Jika anda bertanya, kena bayar ke? Maka anda boleh tersenyum kerana ianya percuma! Setelah berjaya mendapatkan income melalui program rakan kongsi Youtube, anda bolehlah menaik taraf akaun anda dengan berlangganan.
Menurut statistik VidIQ, telah ramai Youtuber yang menggunakan website ini. Bukan sahaja yang masih pemula, bahkan yang telah mempunyai ramai subscriber juga masih menggunakannya!
Admin sarankan kalian untuk menelusurinya sendiri agar lebih memahami
betapa bergunanya website ini. Jika kalian nak terus ke website dia
tekan je link dibawah.👇
VidIQ
3) Wondershare Filmora
Kita masuk kebahagian edit-mengedit video. Bagi para kalangan Youtuber
veteran pastinya tidak lagi asing dengan Filmora. Manakan tidak, fitur yang
tedapat pada aplikasi ini sangatlah multifungsi dan lengkap. Bahkan
ciri-ciri baru seperti move tracking dan text to speech juga
tersedia!
Cuma satu kekurangan aplikasi ni. Ia adalah aplikasi berbayar. Maaf jika
admin buat kalian berharap nak guna aplikasi ni. Menurut admin, wajar jika
aplikasi ni berbayar kerana fitur yang disediakan juga sangatlah
banyak.
Jadi tak rugi pun jika kalian bayar bulan-bulan guna aplikasi ni. Filmora
ni sebenarnya ada versi free, tapi nanti video kalian akan ada
watermark. Ia terpulang kepada kebijakan kalian sama ada ingin menggunakan
aplikasi ni atau tidak.
Kalian yang mungkin tidak mempunyai duit tidak perlu merasa sedih. Masih
banyak aplikasi edit video yang free tapi mempunyai fitur yang tidak kalah
menarik dengan fitur di aplikasi filmora.
Kalian bolehlah terus ke website rasmi Filmora untuk mendapatkan
maklumat lebih lanjut. Kalau kalian tertarik nak download tekan
link dibawah.👇
Wondershare Filmora
4) Bandlab
Kita tiba diaplikasi edit audio. Ya, pasti diantara korang akan bertanya,
Bukan ke dah ada Aplikasi edit video? Mesti ada fitur nak edit suara
sekalikan. Betul, memang ada. Admin tambahkan aplikasi ni sebagai alternatif
semata.
Bandlab adalah sebuah aplikasi yang membolehkan anda mengedit audio menjadi
lebih menarik. Jika anda ingin mengubah suara menjadi lebih garau atau
lembut, maka Bandlab mampu melakukannya.
Tidak hanya itu, di Bandlab, korang juga boleh menjadikannya sebagai sebuah
platform perkongsian audio yang telah dihasilkan. Ramai dah para
creator musik menggunakan aplikasi ni.
Fitur yang dihadirkan juga tidaklah boleh dianggap remeh. Banyak fitur
berkelas yang tersedia seperti distortion, reverb, delay dan banyak
lagi! Admin jamin, sekali korang dah guna, pasti korang akan guna
terus.
Jika korang tertarik nak berkunjung ke website aplikasi ni. Tekan je
link yang ada kat bawah ni.👇
Bandlab
5) Canva
Kita masuk bahagian mengedit gambar thumnail video pula. Canva
adalah sebuah aplikasi mengedit gambar yang sangat mudah untuk digunakan.
Dimana pun kalian berada, kalian masih boleh menggunakan canva kerana
aplikasi ini juga terdapat di versi android.
Di Canva, anda dapat menghasilkan banyak jenis gambar bahkan video. Ini
menjadikan canva sebuah aplikasi multifungsi yang sangat sering menjadi
pilihan ramai orang. Canva juga telah menyediakan banyak
template yang dapat digunakan.
Disini kalian juga boleh mencipta video intro atau outro unik
kalian sendiri. Canva juga telah dilengkapi dengan gambar, video, gif, icon
dan banyak lagi yang dapat menjadikan video korang lebih menarik.
Sebenarnya banyak lagi yang dapat diterangkan tentang aplikasi yang satu
ini. Tapi admin nak korang sendiri mencubanya. Tekan link dibawah
untuk berkunjung ke Canva.👇
Canva
6) Pixabay & Pexels
Pixabay & Pexels adalah sebuah website yang menyediakan pelbagai
jenis footage yang dapat digunakan secara percuma.
Footage yang tersedia di Pixabay & Pexels tidak perlu dibayar dan
tidak pula dikenakan Claim!
Kurang apa lagi cuba.. Tinggal tekan yang diinginkan dan download.
Seeloknya, letaklah credit untuk mereka yang menghasilkan
footage tersebut. Setidaknya kita telah menolong mereka dengan
menghargai hasil karya mereka.
Website ini juga mudah untuk digunakan. Kalian tinggal daftar menggunakan
akaun google, lepastu dah boleh pilih video, gambar, gif atau yang
lainnya.
Website ni amat membantu para youtuber kerana telah menghemat masa
dan dompet mereka. Admin pun telah menggunakan website ni setidaknya
selama 1 Tahun.
Sebagai salah seorang pengguna website ni, admin sangat merekomendasikan
kalian untuk mencubanya! Tekan link dibawah untuk ke Pixabay &
Pexels.👇
Pixabay
Pexels
Hmm... Mungkin cukup sampai sini dulu kot. Jika korang rasa ada yang
kurang, bolehlah tulis dan berkongsi diruang komen. Admin doakan korang
berjaya dan dapat mencapai tujuan dan cita-cita korang. Diharap perkongsian
ni, dapatlah membantu sedikit sebanyak korang yang masih baru ingin berkarya
sebagai seorang youtube.
0 Ulasan