Penipuan 'Old Money Collector' Telah Banyak Menipu Masyarakat Umum!!
Ya, ramai yang bertanya kepada saya di pelbagai platform, "Betul ke orang
ni nak beli duit lama kita dengan harga melambung?" Ha... Sebetulnya topik
ini tidaklah perlu lagi dibahas. Manakan tidak, takkanlah mereka yang berada
di luar negara terutama UK & US ni nak beli duit lama dengan harga
melambung.
Katakan kita ada post nak jual duit syiling di platform seperti Instagram,
Facebook dan lain-lain dengan harga RM1000. Tiba-tiba entah dari mana muncul
ada orang yang mengaku dari luar negara nak beli duit kita dengan 10 kali
lipat.
[Peringatan Mesra: Budayakan membaca sehingga habis agar tidak mengambil
dan memahami informasi yang salah. Kami berharap setiap perkongsian kami
memberikan impak baik kepada kalian, para pembaca.]
Jelaslah, mereka ni penipu semata. Mereka akan cuba menyakinkan mangsa
dengan menghantar gambar duit-duit lama. Katanya mereka dari agensi yang
terpercaya. Hantar gambar orang melayu pegang duit bergunung. Dan pelbagai
lagi!
Dikeranakan ramai yang tanya akan kesahihan perkara ini, saya akan
terangkan beberapa tips untuk mengelakkan kita terjebak dengan modus
penipuan sebegini.
𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋
📑Isi Kandungan
𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋𑁋
Bagaimana Nak Tahu Mereka Ni Penipu Ke Betul?
Sebelumnya, perlu diketahui penipu sebegini ada dimana-mana. Facebook,
Instagram, Whatsapp, Telegram... Nak kenal mereka ni mudah je:
1. Mereka akan menggunakan gambar Orang putih (USA, UK) tapi dibahagian info
ditulis dalam Bahasa Melayu. Info yang tertera pula biasanya mengenai
transaksi mereka jual beli duit lama. Ada juga yang menggunakan nama Orang
Islam, Orang Arab, perempuan melayu & etc. Untuk pengetahuan korang,
gambar yang digunakan bukanlah gambar yang sebenar, mereka cuma ambil gambar
Random yang jarang orang lihat.
2. Nama ID mereka agak
pelik. Macam mana yang dikatakan pelik? Mereka punya nama ni ada campuran nama
Melayu & nama Kristian. Contohnya, Abdul James Wright. Ada juga nama
menggunakan nombor dibelakang. Contohnya, Abdul James Wright001. Kebiasaannya,
mereka akan mencipta banyak akaun. Itulah alasan mereka meletakkan nombor.
3.
Meletakkan gambar duit lama Malaysia dalam akaun Facebook/Instagram mereka
tetapi nama dan gambar orang putih. Secara Rasional, buat apa orang putih ni
nak beli duit lama kita?
4. Gambar Duit lama yang mereka kongsikan
tu biasanya duit yang dijual oleh mereka yang tak tahu apa-apa mengenai duit
lama. Jadi banyak duit "buruk" dalam koleksi mereka. Collector tak beli
duit seperti ni. Kami ada kongsikan apa itu duit buruk didalam artikel sebelum
ini;
duit lama atau duit buruk.
5. Jika check ID FB / IG mereka secara terperinci, kita akan dapati
akauan mereka masihlah baru. (mungkin tahun ini atau tahun lalu).
6.
Ada yang siap tunjuk gambar testimoni, Yang dimana orang Malaysia pegang
duit ribu-ribu.
Bagaimanakah Modus Operandi scammer pembeli luar negara:
Modus Operandi 1:
1. Membuat tawaran harga yang tinggi untuk
koleksi duit lama. Kebiasaannya, mereka akan menawakan harga 10 kali ganda
daripada harga yang anda tawarkan di Mudah.my. Alasan mereka, duit lama tu
akan dijual kepada pihak muzium, collector, bank dunia atau
pihak rumah lelang bagi tujuan mendapatkan harga yang lebih mahal dan
sebagainya.
2. Apabila anda bersetuju, mereka akan meminta
nombor akaun bank anda dan kemudiannya melontarkan kata janji untuk
membayar menggunakan bank transfer atau Telegraphic Transfer kepada anda.
3. Selang 1 atau 2 hari kemudian, mereka akan menghubungi anda
dan mengatakan terdapat masalah dalam proses pemindahan wang yang
dijalankan. Alasan utama biasanya pihak berkuasa menahan wang yang di
pindahkan ke akaun anda. Anda juga mungkin akan mendapatkan email yang
mengatakan duit telah dihantar kepada anda, tetapi anda perlu membayar
sejumlah wang (cas atau fee) untuk membolehkan duit itu masuk ke akaun
anda.
4. Tidak lama kemudian, ada rakan mereka dari Malaysia
yang akan menghubungi anda dan menyamar sebagai pegawai Bank Negara
Malaysia, Polis, Kastam atau apa sahaja pihak berkuasa yang berkaitan.
Mereka menghubungi anda kerana anda dikatakan telah melakukan kesalahan
berkaitan dengan penerimaan wang tersebut. Kemungkinan juga mereka
memberitahu, akaun bank anda akan dibekukan kerana wang tersebut adalah
duit dari pengganas dan sebagainya. Ada kemungkinan juga pegawai bank
(palsu) akan menghubungi anda.
5. Rakan mereka yang menyamar
ini kemudiannya akan mengatakan bahawa mereka boleh membantu anda
mendapatkan wang dari hasil pembelian tersebut, tetapi dengan syarat anda
perlu membayar sedikit "wang pampasan" kepada mereka.
6.
Apabila anda sudah mula membayar ke akaun mereka, maka bermulalah drama
"wang pampasan" yang tak pernah cukup. Pembeli dan juga orang yang
menyamar akan sentiasa memberikan pelbagai alasan untuk membolehkan mereka
mendapat wang dari anda.
Modus operandi 2:
1. Membuat tawaran harga yang tinggi untuk
koleksi duit lama. Kebiasaannya, mereka akan menawakan harga 10 kali ganda
daripada harga yang anda tawarkan di Mudah.my. Alasan mereka, duit lama tu
akan dijual kepada pihak muzium, collector, bank dunia
atau pihak rumah lelang bagi tujuan mendapatkan harga yang lebih mahal dan
sebagainya.
2. Apabila anda bersetuju, mereka akan meminta
nombor akaun bank anda dan kemudiannya melontarkan kata janji untuk
membayar menggunakan bank transfer atau Telegraphic Transfer kepada
anda.
3. Anda kemudiannya akan dihubungi semula sama ada
daripada scammer, bank atau pihak berkuasa lain untuk membayar processing
fee. Selagi anda tidak membayar fee tersebut, wang yang dijanjikan tidak
akan pernah dihantar kepada anda. Mereka akan menghubungi melalui email
atau telefon. Fee tersebut pada mulanya didalam jumlah yang kecil, apabila
anda membayar, akan ada pula fee lain yang akan dikenakan.
4.
Jika anda telah berjaya membayar fee tersebut, ada kemungkinan juga "pihak
berkuasa" di Malaysia akan menghubungi anda. Dengan alasan anda telah
melakukan kesalahan dan mereka nak minta sedikit duit tersebut tapi anda
kena bayar kepada "pihak berkuasa" terbabit. Mereka menyamar sebagai pihak
berkuasa boleh jadi sebagai polis, bank di Malaysia, Bank Negara Malaysia,
Kastam dan sebagainya.
Modus Operandi yang mereka gunakan
mungkin sedikit berbeza daripada apa yang kami kongsikan di atas tetapi
jika anda menggunakan akal sihat, anda pasti dapat memutuskan bahawa
mereka bertujuan untuk menipu. Ada juga pelbagai kemungkinan Modus
Operandi yang lain.
Jika anda dihubungi oleh scammer dari luar
negara ini, apakah yang anda perlu lakukan? Wang anda pasti selamat jika
anda menerapkan konsep 5J ketika berhadapan dengan scammer-scammer ini!
Nombor
telefon yang mereka gunakan biasanya bermula dengan +234 (Contoh +234 815
655 9228), nombor tersebut daripada Nigeria. Namun, pada masa sekarang
ini, mereka menggunakan pelbagai nombor luar negara seperti Mauritius
(+230), Maldives (+960), UK (+44). Jika anda bertanya kenapa mereka ada
banyak nombor luar negara. Ya mudah, mereka mempunyai rangkaian diluar
negara, jadi janganlah dengan mudah percaya jika ada pembeli dari luar
negara nak beli duit lama anda. Mereka juga bahkan mungkin ada menggunakan
nombor telefon dari Malaysia.

SUMBER: malaysiacoin.com
Konsep 5 JANGAN untuk mengatasi scammer online:
JANGAN Jawab sebarang message mereka.
JANGAN
TAMAK/Mata duitan!
JANGAN bagi data peribadi anda (Nombor akaun
bank, Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, etc);
JANGAN takut
& kasihan.
JANGAN bayar duit kepada mereka.
Apa yang perlu dilakukan jika anda telah memberi data peribadi anda
(Nombor akaun bank, Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan etc), kami nasihatkan
tukar saja akaun bank anda. Ada kemungkinan, mereka akan menggunakan
maklumat anda itu untuk Modus Operandi yang lain pula.
Nasihat
kami gunakanlah logik akal ketika berurusan, belajar serba sedikit ilmu
numismatik jika anda ingin menjual item numismatik, bukan semua duit lama
itu berharga tinggi. Jangan tamak dan jangan berharap tuah datang bergolek
kepada anda sekiranya pembeli duit lama dari luar negara menelefon/ Whatsapp
untuk membeli duit lama anda.
Sebarkan info ni kepada
rakan/keluarga/sanak-saudara anda yang berniaga duit lama.
Ada
di antara mereka yang mungkin sedang dihubungi oleh penipu-penipu ini tetapi
mereka tidak menyadari mereka sebenarnya sedang diperangkap.
Berikut beberapa image yang berjaya kami screen shoot:
0 Ulasan